Thursday, December 13, 2012

Taklimat Sarana Daerah Sepang

Sebagaimana yang telah dirancang, hari ini berlangsunglah Taklimat Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah peringkat Daerah Sepang. Taklimat diadakan di SIRIM, BBST dengan dihadiri oleh semua Pengetua / Guru Besar dan YDP PIBG atau wakil sekolah-sekolah daerah Sepang. GPK HEM SKKW; Pn. Asnah dan AJK PIBG SKKW; Pn. Noraishah telah hadir mewakili SKKW.
   Selepas ucaptama oleh Tn, Hj. Mutalib Tomran; Penolong PPD Sepang Unit Pengurusan Sekolah, telah diadakan Majlis Penyampaian Anugerah PIBG Cemerlang peringkat daerah Sepang 2011. SKKW berbesar hati menerima hadiah kategori Sekolah Rendah Luar Bandar. Terima kasih PPD dan tahniah kepada semua sekolah yang berjaya.
   Para Jurulatih Utama termasuk GB SKKW - Pn. Rohaidah dan Setiausaha PIBG SKKW - Pn. Nor Anikah telah menyampaikan makluman KPM berkaitan sarana ibu bapa dan sarana sekolah ini kepada semua peserta sebagaimana yang dirancang semalam. Selain itu, Pn. Rohaidah juga telah menyampaikan persembahan multimedia yang telah dipersembahkan semasa pemantauan Anugerah PIBG Cemerlang peringkat kebangsaan pada bulan Mac yang lalu dalam slot Perkongsian Kejayaan.
   Aktiviti bengkel selepas rehat tengah hari ternyata telah menjana pelbagai idea dan ketrampilan oleh pembentang-pembentang. Sesungguhnya sarana ini mempunyai hasrat murni KPM dalam memperkasakan PIBG di samping untuk meningkatkan pencapaian murid dan sekolah hasil perhubungan rapat antara sekolah dan ibu bapa. Marilah kita sama-sama meningkatkan persefahaman antara kedua-dua pihak demi kegemilangan pendidikan anak-anak kita.
 Bersedia menjalankan tugas
Pn. Nor Anikah selaku mc
Ucaptama oleh Tn. Hj. Mutalib Tomran - Penolong PPD Sepang Unit Pengurusan Sekolah
Kehadiran : Semua Pengetua, Guru Besar & YDP PIBG / wakil sekolah-sekolah seluruh Daerah Sepang
GB dan Pn. Noraishah menerima hadiah Anugerah PIBG Cemerlang Daerah Sepang 2011 kategori Sekolah Rendah Luar Bandar
SK Cyberjaya - Sekolah Rendah Bandar
SMK Dengkil - Sekolah Menengah Luar Bandar
SMK Cyberjaya - Sekolah Menengah Bandar
 Jadual taklimat terkini
Ustaz Ghani selaku Pegawai Perhubungan PPD Sepang dan Ketua JU Sarana daerah memulakan sesi taklimat dengan menghuraikan tentang peraturan PIBG

Salah seorang YDP khusyuk mendengar taklimat
JU Tn. Hj. Mohd. Amin Sulaiman (Pengetua SMK Putra Perdana) menghuraikan tentang sarana sekolah
 
Pn. Rohaidah sambung elemen yang menyokong pembelajaran, prospektus dan buku komunikasi
JU Tn. Shaharuddin Ajam (YDP PIBG 3 sekolah iaitu SMK Putra Perdana, SK Taman Putra Perdana & SRA Taman Putra Perdana) menyampaikan huraian mengenai sarana ibu bapa
 Pn. Rohaidah berkongsi kejayaan, pengalaman dan tips / dapatan hasil pemantauan dengan audien
 
Sebelum rehat, Pn. Noraishah, Pn. Asnah, GB & Pn. Nor Anikah mengabadi kenangan bersama piala dan mock cheque sumbangan PPD Sepang
Bersama mentor PPD - ustaz Ghani
Agenda seterusnya : bengkel dan perbincangan kumpulan program-program yang boleh dilaksanakan untuk melaksanakan 6 elemen yang boleh menyokong pembelajaran
Bengkel berlangsung dengan penuh semangat dan ceria
Pembentangan bengkel dimulakan dengan wakil kumpulan 1 - En. Mohd Rahman
Pendek kata pembentang-pembentang sangat berwibawa semuanya
Pn. Asnah turut berkongsi pengalaman semasa sesi soal jawab
Ustaz Ghani membuat kesimpulan pembentangan bengkel
JU Anikah menghuraikan tentang Pengumpulan data dan format laporan
Pn. Noredzan (GB SK Taman Seroja) mengendalikan majlis penutup
Tn. Hj. Muskamal (Pengetua SMK BBST) menyampaikan cenderamata kepada para JU dimulai dengan Ustaz Ghani
Tn. Hj. Mohd. Amin Sulaiman
Pn. Rohaidah Mohd Ali
Pn. Nor Anikah Abd Rahim
(Maaf Tn. Hj. Shahrudin : gambar tuan tak menjadi)
Terima kasih kerana diberi peluang. Semoga tugasan kami mencapai objektif KPM
PIBG Cemerlang, Sekolah Gemilang, Murid Terbilang