Friday, October 25, 2013

Hari Kanak-Kanak SKKW

Tahun ini, PIBG telah menampung sepenuhnya kos mengadakan Sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah termasuk jamuan dan hadiah. Sesungguhnya kanak-kanak merupakan pewaris generasi akan datang, marilah kita bersama-sama memelihara hak-hak dan keistimewaan mereka. Berita lanjut sila klik blog SKKW di sini.
Tokoh Kanak-Kanak sesi pagi : Naufal & Aisya Batrisyia
Tokoh Kanak-Kanak Sesi Petang : Farisham & Lea Maisarah

Tuesday, October 15, 2013

Qurban

Hari Raya Aidiladha juga dikenali sebagai Hari Raya Haji dan Hari Raya Qurban. Semasa aktiviti korban di Surau Al-Hijrah Kota Warisan, YDP PIBG; En. Noraziz tidak ketinggalan bergotong-royong bersama-sama penduduk Kota Warisan yang lain. Semoga ibadah Qurban kita diterima Allah dan hidup kita sentiasa diberkati, Insya Allah...
 
 
YDP PIBG yang ceria lagi rajin