Friday, November 15, 2013

Sumbangan Murid Cemerlang UPSR 2013

PIBG turut menghargai kecemerlangan anak-anak murid SKKW dalam UPSR 2013 dengan memberikan sedikit insentif berupa kewangan kepada 25 orang murid yang memperoleh keputuan 5A dan 24 orang murid yang mendapat 4A. Majlis telah diadakan pada 15.11.2013 dan telah disempurnakan oleh Tuan YDP PIBG; En. Nor Aziz bin Ghazali dengan diiringi oleh Guru Besar SKKW...
 Ketua Murid - Ahmad Haziq Syafie
 Penolong Ketua Murid - Nur Atiqah Syazwani
Tahniah semua! Semoga lebih berjaya pada masa depan.

Thursday, November 14, 2013

Tahniah SKKW atas peningkatan UPSR 2013

PIBG SK Kota Warisan ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah khususnya kepada semua murid Tahun 6 kerana telah memberikan keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan UPSR 2013. Tahniah juga buat semua guru dan pentadbir sekolah atas kejayaan ini. Syabas diucapkan kepada ibu bapa murid Tahun 6 serta semua ibu bapa - ahli PIBG SKKW. Kejayaan ini berkat usaha dan kerjasama padu semua ahli PIBG bersama pihak sekolah dalam sebuah ikatan persefahaman yang mantap lagi berkualiti. Ini bersesuaian dengan pelantikan Guru Besar dan YDP PIBG SKKW selaku Jurulatih Utama (JU) Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah yang telah diamanahkan oleh JPN Selangor dan PPD Sepang. Semoga anak-anak murid akan lebih berjaya pada masa depan.
Murid 5A's
Murid 4A's

(Laporan lanjut keputusan UPSR SKKW 2013 sila klik di sini, di sini dan di sini)

Tuesday, November 12, 2013

Mesyuarat AJK PIBG ke-5

Mesyuarat AJK PIBG SKKW kali ke-5 telah diadakan pada hari Selasa 12.11.2013 jam 8.30 malam. Selain membincangkan agenda-agenda biasa seperti mesyuarat-mesyuarat yang lepas, mesyuarat terakhir tahun 2013 ini telah membincangkan perbelanjaan hasil kutipan Larian Amal Jogathon PIBG yang telah diadakan pada 28.9.2013 yang lalu (sila klik di sini).
   Alhamdulillah ahli mesyuarat telah mencapai kata sepakat untuk membelanjakan hasil kutipan bersih yang berjumlah lebih daripada RM42,000.00 itu sebagaimana yang dicatat dalam kertas kerja Jogathon yang telah diluluskan oleh pihak PPD Sepang dan Polis Selangor. Ahli mesyuarat telah bersetuju untuk membeli dan menaiktarafkan kemudahan dan peralatan di sekolah iaitu bidai, awning, p.a system, televisyen, projektor dan skrin di dewan terbuka, langsir dan bidai surau serta peralatan PPDa. 
   Terima kasih diucapkan kepada AJK PIBG yang sangat peka dan prihatin. Semoga anak-anak murid akan lebih selesa dan tahap prestasi murid-murid akan semakin baik dengan kemudahan-kemudahan tersebut...