Saturday, June 23, 2012

Hasil Mesyuarat ke-2

Mesyuarat AJK PIBG SKKW buat kali ke-2 telah dapat dijalankan dengan licin dan lancar semalam 22.6.2012 (Jumaat). Pihak sekolah telah membentangkan beberapa kertas kerja untuk memohon peruntukan PIBG bagi menampung kos mengadakan pelbagai program termasuk dua program yang telah selesai dijalankan iaitu menghantar 2 platun untuk penyertaan kawad kaki daerah dan Sambutan Israk Mikraj peringkat sekolah.
   Alhamdulillah setelah dibahaskan, kesemua permohonan tersebut telah diluluskan. Terima kasih banyak diucapkan kepada PIBG atas kelulusan tersebut - meskipun dana PIBG masih kemarau memandangkan sumbangan tetap ibu bapa masih kurang memberangsangkan. Diharap ibu bapa akan menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan membayar "yuran" PIBG seberapa segera kerana program-program yang telah dirancang ini adalah untuk kebaikan anak-anak murid jua.
   Syukur sangat atas tambahan dana tahun ini melalui peruntukan kerajaan sebanyak RM3,000.00 setiap sekolah (yang masih belum diterima) serta hadiah RM2,500.00 (baharu diterima) selaku Johan Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Negeri Selangor 2011. Maka dapatlah sekolah merancang dan melaksanakan program-program kecemerlangan melibatkan murid yang telah bertambah (sebaliknya bilangan ibu bapa tidak banyak bertambah).
  Berikut adalah peruntukan yang telah diluluskan:
1. Kawad kaki (19.6.2012)                                                                          RM 2,000.00
2. Israk Mikraj (22.6.2012)                                                                          RM    700.00
3. Persediaan Lawatan PIBG SK Padang Mat Sirat, Langkawi (29.6.2012) RM   665.00
4. Sukan Tahunan (7.7.2012)                                                                    RM 4,414.00
5. Bengkel Menjawab Soalan UPSR Siri 2 (14 dan 28.7.2012)                   RM 1,840.00
6. Bacan Yasin dan Solat Hajat 1 dan 2 (17.8.2012 dan 6.9.2012)            RM 2,151.00
7. Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum (23.10.2012)                     RM 2,243.00
8. Hari Anugerah Cemerlang (6.11.2012)                                                   RM 3,553.00
9. Program Senggang UPSR (Sept. - Nov. 2012)                                       RM 2,000.00
                                                              JUMLAH                                     RM19,766.00
   Dua permohonan lagi telah ditangguhkan iaitu pembelian Buku Latihan Didik untuk semua murid Tahun 6 dan program Ceramah Keibubapaan. Setiausaha PIBG akan mengeluarkan surat kepada semua ibu bapa murid Tahun 6 supaya membayar sendiri buku Didik tersebut. Manakala program Ceramah Keibubapaan akan dibincang kemudian bergantung kepada kewangan PIBG. 
   Sesungguhnya kekurangan dana tidak boleh dijadikan alasan untuk sekolah dan PIBG mengurangkan program kerana murid yang ramai ini perlu diberi keutamaan. Antara aktiviti-aktiviti lain yang telah dirancang untuk diadakan sepanjang tahun ini termasuklah Hari Kanak-Kanak, Perkhemahan Unit Beriniform, Kem 'Jom Olahraga', Gotong-Royong Perdana, Sumbangan Murid 5A UPSR dan lain-lain lagi.
   Justeru itu, PIBG dan sekolah amat berharap sumbangan dari para dermawan ibu bapa dan masyarakat setempat bagi meneruskan legasi kecemerlangan SKKW. Segala sumbangan amat dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih.
   
En. Nor Aziz Ghazali (YDP PIBG) mempengerusikan mesyuarat
Di sebelah beliau - En. Hamdan Abdullah (Timbalan YDP PIBG)   

Wednesday, June 13, 2012

MESYUARAT AJK 2/2012

Perhatian kepada semua AJK PIBG SK Kota Warisan. Mesyuarat AJK PIBG SKKW kali ke-2/2012 akan diadakan pada petang Jumaat 22 Jun 2012 seperti surat yang dilampirkan.
sila klik pada gambar utk maklumat lanjut

Tuesday, June 12, 2012

NOTIS KUTIPAN SUMBANGAN PIBG 2012

Selepas mendapat kelulusan dari pihak Jabatan Pelajaran Selangor, pihak PIBG telah mengeluarkan notis kutipan sumbangan PIBG sebanyak RM30 bagi setiap keluarga. kerjasama dari semua penjaga untuk membuat pembayaran segera amat diharapkan untuk melancarkan lagi program kecemerlangan anak-anak SK Kota Warisan.
terima kasih.
surat kelulusan dari JPS (sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)
.
surat edaran kepada setiap penjaga (sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

Monday, June 11, 2012

Water cooler

Hasil usaha PIBG yang mendapatkan dana daripada komuniti setempat, hari ini sebuah mesin water cooler telah dipasang di kantin sekolah. Alat tersebut amat besar ertinya kepada anak-anak murid terutama dalam cuaca panas sekarang ini. Terima kasih kepada para penyumbang...
 
Water cooler penghilang dahaga
Minum air dengan gembiranya

Wednesday, June 6, 2012

Gambar-gambar pemantauan

Jom tengok gambar-gambar Pemantauan Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2012 pada 20 Mac 2012 yang lalu...
Selamat Datang
 
 Bersama hadiah buat pemantau
 Barisan fail / dokumentasi
 Brosur PIBG dan sekolah
 Baju sedondon
 Bungga manggar menyambut tetamu khas
 Yang ditunggu dah tiba
 YDP meraikan tetamu kehormat
 Penjelasan ringkas dari Guru Besar
 Bergambar kenangan
 Melawat Sudut Info PIBG
 Terima kasih AJK PIBG yang sudi hadir
 Apa yang melucukan tu?
 Menandatangani buku pelawat
 
Ucapan pengerusi majlis - cikgu Fakhruddin
 Bacaan doa oleh Ustaz Zul
 Ucapan Guru Besar
 Ucapan YDP PIBG - Dr. Norizhar seterusnya membentangkan persembahan multimedia
 Menyaksikan persembahan power point dengan khusyuk
 Ketua pemantau diminta menyampaikan sepatah dua kata
 Pemantauan bermula
SU Kehormat - Nor Anikah bersama dokumen pengurusan PIBG
Bendahari Kehormat - Nor Faezah bersama dokumen kewangan PIBG
GB menunjukkan dokumen program PIBG
Pemantauan yang serius tapi santai
 Jamuan telah tersedia
Selesai sudah
Pegawai Perhubungan PPD Sepang - Ustaz Ghani berkongsi pandangan
Bincang apa lagi tu?
Jamuan ringan


Cenderahati buat semua pemantau
 Juga buat Ustaz Ghani - terima kasih atas bimbingan
Terima kasih semua, jemput datang lagi
Last but not least - terima kasih banyak Dr.