Saturday, July 28, 2012

Van PIBG

Tanggal 27 Julai 2012 mencatatkan satu lagi detik bersejarah buat PIBG SK Kota Warisan. Pihak Jabatan Bomba telah menyumbangkan sebuah van terpakai mereka kepada PIBG SKKW. Sesungguhnya sumbangan tersebut amat besar ertinya kepada anak-anak murid serta seluruh warga PIBG dan sekolah. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Pusat Kejuruteraan Jentera, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Bandar Baru Salak Tinggi.
 Surat keramat
Aset berharga
Hadiah di bulan puasa
GB bersama Naib YDP PIBG; En. Hamdan dan GPK Petang; En. Rosli
Jom pandu ke tempat parking belakang
Setiausaha; Pn. Nor Anikah bersama GB
 Setiausaha bersama Bendahari; Cik Nor Faezah
 Terima kasih abang bomba

Thursday, July 5, 2012

Mohon Sumbangan Untuk Sukan Tahunan

sila klik pada gambar untuk maklumat lanjut
Kuning emas masaknya padi,
Mawar merah dalam jambangan;
Terima kasih daun keladi,
Budi tuan jadi kenangan.

Wednesday, July 4, 2012

Sumbangan PIBG

Salam. Dengan segala hormatnya adalah dimaklumkan terdapat ramai lagi ibu bapa / penjaga murid SK Kota Warisan yang masih belum membayar Sumbangan PIBG berjumlah RM30.00 setahun bagi setiap sekeluarga. Pihak PIBG dan sekolah amat mengharapkan kerjasama semua ibu bapa untuk menjelaskan bayaran tersebut secepat mungkin bagi memudahkan pengurusan setiap program dan aktiviti yang telah dirancang. Kerjasama tuan / puan dalam menjalankan tanggungjawab tersebut diucapkan ribuan terima kasih.

PIBG SK (P) Methodist, Kuantan

Sebagaimana yang kita sedia maklum, PIBG SK (P) Methodist, Kuantan, Pahang merupakan Johan Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2012 baru-baru ini. Jom kita tengok apakah kekuatan dan kelebihan PIBG sekolah tersebut untuk kita kongsi dan jadikan panduan, sila klik;
 Memang mantap programnya dan hebat persembahannya. Tahniah buat sekolah tersebut. Thank you for sharing.

Friday, June 29, 2012

Lawatan SK Padang Mat Sirat

Hari ini merupakan hari yang bersejarah buat PIBG SKKW kerana telah menerima lawatan penanda arasan dari PIBG SK Padang Mat Sirat, Langkawi, Kedah. Ahli rombongan seramai 33 orang yang datang dengan menaiki sebuah bas telah tiba agak awal daripada yang dirancang iaitu lebih kurang pukul 8.45 pagi. Namun ia tidak menjadi hal sebab kami telah bersiap sedia sejak awal pagi lagi. Kalut sikit-sikit tu, biasalah...
   Para pelawat diketuai oleh GBnya; En. Azizan Abdullah Sadek, YDP PIBG; En. Fauzi, Naib YDP PIBG serta ahli-ahli PIBG dan guru-guru SKPMS yang sebahagian besarnya berpakaian korporat kuning + putih + hitam. Terima kasih diucapkan kepada Naib YDP PIBG SKKW - En. Hamdan serta 3 orang AJK yang turut hadir menyambut pasukan pelawat - Pn. Noraishah, Pn. Suhaila dan Pn. Azlin. YDP PIBG - En. Nor Aziz tak dapat hadir atas urusan kerja.
   Antara acara program lawatan yang telah disediakan adalah persembahan tarian, sesi bergambar, ucapan, persembahan multimedia, penyampaian cenderamata dan buah tangan kepada semua peserta rombongan, jamuan dan seterusnya lawatan ke sekitar sekolah. 
   Terima kasih yang tidak terhingga buat warga PIBG SKPMS. Mohon maaf atas segala kekurangan. Semoga hubungan silaturrahim yang terjalin akan berterusan hendaknya. Hajat hati nak buat kunjungan balas ke Langkawi, semoga ada rezeki kemudian hari...
 Untuk edaran
"Dia datang..."
YDP PIBG SK Padang Mat Sirat mendahului
GB SKKW dan GB SKPMS
Menyaksikan persembahan tarian dari kumpulan Bidasari Warisan
Kumpulan Bidasari yang membanggakan SKKW
Sesi bergambar
Di bilik mesyuarat
Bacaan doa oleh ustaz Zul
Orang kuat PIBG SKKW mengaminkan doa
Ucapan GB SKKW
Ucapan Naib YDP PIBG SKKW - En. Hamdan Abdullah
Ucapan GB SKPMS
Ucapan YDP PIBG SKPMS
Persembahan multimedia oleh SU PIBG SKKW - Pn. Nor Anikah
Cenderahati dari YDP PIBG SKKW kepada NYDP PIBG SKPMS
Daripada GB SKKW buat GB SKPMS
YDP PIBG SKPMS buat NYDP PIBG SKKW
GB SKPMS kepada GB SKKW
Dari kiri : YDP PIBG SKPMS, GB SKPMS, GB SKKW, NYDP PIBG SKKW, NYDP PIBG SKPMS
 Makan time
Melihat dokumen pemantauan PIBG
Melawat sekitar sekolah
Melihat Sudut Info PIBG
Bergambar lagi
 Kredit untuk PPDa
Pn. Fatimah Shamsudin jumpa orang kampung
Berminat dengan pokok kelapa unik SKKW
Bersama Pn. Azlin - salah seorang AJK PIBG SKKW
Semoga ketemu lagi di lain masa
Bye!!

Saturday, June 23, 2012

Welcome PIBG SK Padang Mat Sirat, Langkawi

Sebagaimana yang telah dirancang Insya Allah pada 29 Jun 2012 (Jumaat) nanti, SK Kota Warisan akan menerima lawatan penanda arasan daripada PIBG SK Padang Mat Sirat, Langkawi. Rombongan yang terdiri daripada lebih kurang 35 orang ibu bapa dan guru sekolah berkenaan dijangka akan tiba di SKKW pada jam 9.00 pagi. Semoga lawatan ini akan memberi kepuasan kepada rombongan dari Kedah tersebut sambil kedua-dua PIBG serta sekolah dapat bertukar-tukar idea dan pendapat dalam mengurus sekolah. Kepada semua ibu bapa dan  AJK PIBG SKKW yang berkelapangan, marilah bersama-sama kita menyambut tetamu istimewa dari pulau lagenda yang sangat terkenal itu. Kehadiran semua amat dialu-alukan....