Tuesday, October 30, 2012

Apa cerita van PIBG?

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa jadi dengan van PIBG sumbangan pihak bomba yang diterima pada bulan Julai yang lalu? (berita klik di sini). Sebenarnya, untuk pengetahuan semua, van tersebut tidak melepasi pemeriksaan Puspakom kerana didapati oleh pihak JPJ ada kesan no. enjin diketuk. Maka, geran yang dimohon dicop - GAGAL. Pihak PIBG telah berusaha untuk mendapatkan pandangan dan bantuan pelbagai pihak untuk menyelesaikan masalah ini. Nampaknya semua usaha menemui jalan buntu. 
   Jadi, setelah dinasihatkan oleh pihak JPJ, maka GB bersama Naib YDP PIBG - En. Hamdan telah pergi semula menemui pihak Kejuruteraan Jentera Bomba BBST untuk memaklumkan perkara ini. Perjumpaan telah diadakan pada 29.10.2012 (Isnin)...
 GB bersama Naib YDP PIBG - En. Hamdan di pejabat Kejuruteraan Jentera Bomba BBST
 
 En. Halim memeriksa geran JPJ 
 Berbincang jalan penyelesaian
Pada keesokan harinya (30.10.2012), En. Halim bersama seorang lagi pegawai dari Jabatan Bomba telah datang ke sekolah untuk memeriksa van tersebut. Apa yang mengejutkan menurut En. Halim, no. enjin van tersebut tiada kesan ketukan pun. No. chasis dalam keadaan baik dan jelas boleh dibaca.
   Tak taulah apa yang berlaku. Pihak bomba akan menulis surat kepada JPJ serta salinan kepada PIBG dan diharap masalah ini dapat diselesaikan dengan segara. Semoga dapatlah murid-murid menggunakan perkhidmatan kemudahan van tersebut khususnya untuk membawa murid-murid dan guru-guru ke pertandingan-pertandingan yang disertai. Insya Allah...
 
 
 Van diperiksa dengan teliti
 
 Siap masuk bawah van melihat no. enjin
No. enjin jelas tiada masalah

Monday, September 10, 2012

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN

Pihak PIBG SK Kota Warisan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berjaya khususnya untuk calon-calon UPSR SK Kota Warisan yang akan menduduki peperiksaan ini bermula esok, 11 September sehingga 13 September 2012..Semoga semua calon diberikan kemudahan dan kelapangan sepanjang tempoh peperiksaan ini...Semoga beroleh keputusan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.



Saturday, July 28, 2012

Van PIBG

Tanggal 27 Julai 2012 mencatatkan satu lagi detik bersejarah buat PIBG SK Kota Warisan. Pihak Jabatan Bomba telah menyumbangkan sebuah van terpakai mereka kepada PIBG SKKW. Sesungguhnya sumbangan tersebut amat besar ertinya kepada anak-anak murid serta seluruh warga PIBG dan sekolah. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Pusat Kejuruteraan Jentera, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Bandar Baru Salak Tinggi.
 Surat keramat
Aset berharga
Hadiah di bulan puasa
GB bersama Naib YDP PIBG; En. Hamdan dan GPK Petang; En. Rosli
Jom pandu ke tempat parking belakang
Setiausaha; Pn. Nor Anikah bersama GB
 Setiausaha bersama Bendahari; Cik Nor Faezah
 Terima kasih abang bomba

Thursday, July 5, 2012

Mohon Sumbangan Untuk Sukan Tahunan

sila klik pada gambar untuk maklumat lanjut
Kuning emas masaknya padi,
Mawar merah dalam jambangan;
Terima kasih daun keladi,
Budi tuan jadi kenangan.

Wednesday, July 4, 2012

Sumbangan PIBG

Salam. Dengan segala hormatnya adalah dimaklumkan terdapat ramai lagi ibu bapa / penjaga murid SK Kota Warisan yang masih belum membayar Sumbangan PIBG berjumlah RM30.00 setahun bagi setiap sekeluarga. Pihak PIBG dan sekolah amat mengharapkan kerjasama semua ibu bapa untuk menjelaskan bayaran tersebut secepat mungkin bagi memudahkan pengurusan setiap program dan aktiviti yang telah dirancang. Kerjasama tuan / puan dalam menjalankan tanggungjawab tersebut diucapkan ribuan terima kasih.

PIBG SK (P) Methodist, Kuantan

Sebagaimana yang kita sedia maklum, PIBG SK (P) Methodist, Kuantan, Pahang merupakan Johan Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2012 baru-baru ini. Jom kita tengok apakah kekuatan dan kelebihan PIBG sekolah tersebut untuk kita kongsi dan jadikan panduan, sila klik;
 Memang mantap programnya dan hebat persembahannya. Tahniah buat sekolah tersebut. Thank you for sharing.