Saturday, November 24, 2012

Jurulatih Utama Daerah Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah

Guru Besar dan YDP PIBG SK Kota Warisan bersama Pengetua dan YDP PIBG SMK Putra Perdana telah dilantik sebagai Jurulatih Utama (JU) Daerah Sepang untuk Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025. Semua JU Daerah seluruh negeri Selangor telah menghadiri bengkel / kursus di Hotel Empress, Sepang pada 21 - 23 November 2012.
    Oleh kerana YDP PIBG SKKW tidak dapat turut serta dalam kursus tersebut kerana komitmen kerja, maka Pn. Nor Anikah selaku Setiausaha PIBG telah menggantikan tempat beliau. Sekembali dari kursus ini kelak, semua JU bersama Pegawai Perhubungan PPD akan mengadakan taklimat kepada semua Pengetua, Guru Besar dan YDP PIBG sekolah-sekolah daerah masing-masing. Semoga kami berjaya menjadi jurucakap yang dapat menyampaikan input yang diterima dengan berkesan dalam usaha untuk memperkasakan peranan ibu bapa dan PIBG sekolah-sekolah di negara kita.
  Gambar-gambar sepanjang 3 hari berkursus Sarana Ibu bapa dan Sarana Sekolah anjuran JPN Selangor tempoh hari...
Hari 1
 Hari 2
Hari 3
Terima kasih JPN Selangor atas pelantikan dan kursus yang sangat bermanfaat ini

Sunday, November 4, 2012

Kejohanan Futsal dan Bolajaring

Selama 2 hari berturut-turut PIBG telah mengadakan program induknya. Jika semalam melibatkan ibu bapa iaitu Ceramah Kemahiran Keibubapaan, hari ini Ahad (4.11.2012), telah diadakan Kejohanan Futsal dan Bolajaring melibatkan murid-murid Tahap 2 di SKKW. Tahniah kepada murid-murid yang mengambil bahagian. Adat bertanding, ada yang menang dan ada yang kalah. Yang tidak berjaya jangan berutus asa, cuba lagi tahun depan. Sila ikuti laporan lanjut pertandingan tersebut di blog SKKW di sini.
 


Saturday, November 3, 2012

Ceramah Kemahiran Keibubapaan

Hari ini 3.11.2012 berlangsungnya program yang telah sekian lama tertangguh disebabkan oleh masalah kewangan dan masa iaitu Ceramah Kemahiran Keibubapaan. Penceramah yang telah diundang khas iaitu YBhg. Prof. Madya Datin Dr. Hjh. Sapora binti Sipon merupakan pensyarah USIM.
   Program in adalah anjuran bersama PIBG SKKW bersama Rukun Tetangga Pangsapuri Megah Villa, Kota Warisan. Kehadiran seperti dijangka tidaklah begitu ramai kerana dewasa ini terdapat banyak aktiviti keluarga pada setiap hujung minggu. Apapun tahniah kepada para ibu bapa yang sudi hadir memeriahkan majlis ini untuk berkongsi ilmu di samping dapat mengeratkan silaturrahim sesama ahli PIBG.
   Tahniah juga diucapkan kepada AJK PIBG dalam kalangan guru yang membantu menguruskan program ini daripada mula hingga akhir serta beberapa orang guru yang berkelapangan hadir. Terima kasih buat mantan YDP PIBG SKKW 2011 - Dr. Norizhar yang turut serta mendengar ceramah serta berkongsi dengan puan penceramah pengalaman-pengalaman beliau. Meskipun En. Nor Aziz YDP PIBG 2012 hanya hadir setelah ceramah selesai sewaktu jamuan, banyak juga telah diperbincangkan sesama mereka. Semoga program seumpama ini dapat diadakan lagi pada tahun depan dan diharapkan kehadiran di kalangan ibu bapa lebih ramai.
Pengacara majlis - ustaz Amir
 Bacaan doa - cikgu Nazron
 
Ucapan wakil Rukun Tetangga dan PIBG - En. Suhaimi
Ucapan GB
 
 
 
 Penceramah memulakan ceramah
 
 Penceramah turun padang menemubual para peserta
 Kaum bapa tak terkecuali
 
 
 
 YDP PIBG SKKW 2011 - Dr. Norizhar turut sama
 
 
 Tanpa sedar, penceramah telah menemubual isteri YDP PIBG 2012 bersama mantan YDP PIBG 2011
 Terima kasih YBhg. Prof. Madya Datin
 Jamuan pot luck untuk para peserta
 Jamuan VIP di Bilik Mesyuarat
 
 YDP PIBG - En. Nor Aziz baru sampai
 Rancak bercerita
 Mendengar dengan tekun
 "Inang-inang" tetap setia
Baru berkesempatan menikmati juadah

Tuesday, October 30, 2012

Apa cerita van PIBG?

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa jadi dengan van PIBG sumbangan pihak bomba yang diterima pada bulan Julai yang lalu? (berita klik di sini). Sebenarnya, untuk pengetahuan semua, van tersebut tidak melepasi pemeriksaan Puspakom kerana didapati oleh pihak JPJ ada kesan no. enjin diketuk. Maka, geran yang dimohon dicop - GAGAL. Pihak PIBG telah berusaha untuk mendapatkan pandangan dan bantuan pelbagai pihak untuk menyelesaikan masalah ini. Nampaknya semua usaha menemui jalan buntu. 
   Jadi, setelah dinasihatkan oleh pihak JPJ, maka GB bersama Naib YDP PIBG - En. Hamdan telah pergi semula menemui pihak Kejuruteraan Jentera Bomba BBST untuk memaklumkan perkara ini. Perjumpaan telah diadakan pada 29.10.2012 (Isnin)...
 GB bersama Naib YDP PIBG - En. Hamdan di pejabat Kejuruteraan Jentera Bomba BBST
 
 En. Halim memeriksa geran JPJ 
 Berbincang jalan penyelesaian
Pada keesokan harinya (30.10.2012), En. Halim bersama seorang lagi pegawai dari Jabatan Bomba telah datang ke sekolah untuk memeriksa van tersebut. Apa yang mengejutkan menurut En. Halim, no. enjin van tersebut tiada kesan ketukan pun. No. chasis dalam keadaan baik dan jelas boleh dibaca.
   Tak taulah apa yang berlaku. Pihak bomba akan menulis surat kepada JPJ serta salinan kepada PIBG dan diharap masalah ini dapat diselesaikan dengan segara. Semoga dapatlah murid-murid menggunakan perkhidmatan kemudahan van tersebut khususnya untuk membawa murid-murid dan guru-guru ke pertandingan-pertandingan yang disertai. Insya Allah...
 
 
 Van diperiksa dengan teliti
 
 Siap masuk bawah van melihat no. enjin
No. enjin jelas tiada masalah