Friday, September 6, 2013

Banner Larian Amal Jogathon SK Kota Warisan

Pada hari Rabu 4 September yang lepas pihak sekolah telah menggantungkan banner untuk Larian Amal Jogathon SK Kota Warisan di sekitar kawasan Kota Warisan. Dua banner di gantung iaitu satu di hadapan sekolah dan satu lagi di hadapan Restoran Hijas. Ini adalah lokasi yang strategik yang boleh menarik perhatian orang yang lalu di kawasan tersebut. Gambar - gambarnya seperti di bawah...


DI hadapan Restoran Hijas


Di hadapan sekolah

Dengan tergantungnya banner ini diharapkan dapatlah menarik lebih banyak lagi penyertaan. Untuk penyertaan boleh la hubungi En Nazron di nombor 019-260 7424 atau En Amir di nombor 012-871 1895.
Sumbangan juga amat - amat dialukan. Terima kasih...

Thursday, August 29, 2013

Pelancaran Jogathon PIBG SKKW 2013

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YDP PIBG; En. Nor Aziz bin Ghazali (rujuk di sini). Semoga objektif untuk menambah dana PIBG demi meningkatkan keperluan pembelajaran anak-anak murid akan tercapai. Muafakat membawa berkat...














Wednesday, August 28, 2013

Wednesday, August 7, 2013

Selamat Hari Raya AidilFitri 2013


Kami warga PIBG SK Kota Warisan ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Maaf Zahir dan Batin. Semoga kita bergembira di hari yang mulia ini. Berhati hati ketika memandu pulang ke kampung. Biar lambat asalkan selamat dan ingat orang yang tersayang.

Wednesday, July 3, 2013

Seminar Keibubapaan


Salam 1 Malaysia,
Pihak PIBG SK Kota Warisan akan menganjurkan program Seminar Keibubapaan yang bertujuan memberikan pendedahan berkaitan keibubapaan kepada ibu bapa serta melahirkan anak - anak yang cemerlang. Program tersebut akan diadakan pada :

Tarikh : 6 Julai 2013 ( Sabtu )
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Terbuka SK Kota Warisan

Sehubungan itu, tuan / puan dijemput menghadiri program ini. Semoga kehadiran tuan / puan akan memeriahkan lagi majlis tersebut dan mendapat manfaat yang berguna demi kepentingan kecemerlangan pendidikan anak - anak didik sekolah ini. 

Tuesday, June 25, 2013

Hari Terbuka SKKW


Hari Terbuka SKKW pada tahun ini akan dijalankan pada hari Selasa 2 Julai 2013 ini. Tarikh awal yang dijadualkan pada hari Khamis 27 Jun ini telah ditukarkan ke tarikh 2 Julai. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah mengagihkan surat edaran kepada murid - murid pada Selasa 25 Jun 2013. Disebabkan pada hari surat tersebut diedarkan ramai murid yang tidak hadir ke sekolah disebabkan keadaan jerebu yang agak merisaukan, ramai ibubapa yang tertanya - tanya tarikh Hari Terbuka yang sebenarnya.
Pada 2 Julai nanti sekolah akan beroperasi satu sesi sahaja iaitu sesi pagi. Semua murid tahun 1,2,3,4,5 dan 6 dikehendaki hadir di sebelah pagi. Murid - murid sesi petang akan diberitahu kemudian lokasi kelasnya. Diharap semua ibubapa dapat mengambil perhatian terhadap notis pemberitahuan hari terbuka ini. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak sekolah di talian 03- 8706 8799. Sekian terima kasih.

Friday, June 14, 2013

Mesyuarat AJK PIBG Kali ke 3

Pada hari Jumaat 14 Jun 2013 telah berlangsungnya mesyuarat AJK PIBG untuk kali ke 3. Mesyuarat yang bermula pada pukul 8.30 malam itu dihadiri oleh YDP PIBG En Abd Aziz Bin Ghazali dan NYDP En Hamdan Bin Abdullah, para pentadbir yang diketuai oleh Guru Besar Puan Hjh Rohaidah Mohd Ali, GPK 1 Puan Noor'ashikin Mohamed, GPK HEM Puan Asnah Abd Ghani, GPK Kokurikulum Puan Mimi Hidayah Mohd Adam, GPK Petang En Rosli Saad dan GPK Pendidikan Khas Puan Nor Mi Aw Nik. AJK di kalangan ibubapa dan guru juga hadir dalam mesyuarat ini.

Dalam mesyuarat PIBG kali ke 3 ini banyak membincangkan mengenai kertas kerja dan pembelanjaan untuk Sukan Tahunan kali ke 10 ini. Sukan tahunan kali ini pihak sekolah dan PIBG berbesar hati menjemput ADUN Dengkil YB En Shahrum Bin Dato' Hj Mohd Sharif untuk merasmikan sukan kali ini, PIBG telah meluluskan dana untuk sukan tahunan ini. Juga dibincangkan mengenai Jogathon yang akan dilaksanakan pada bulan September ini.

Mesyuarat kali ini ditangguhkan pada pukul 10.55 malam.