Saturday, September 28, 2013

Larian Amal Jogathon PIBG SKKW 2013

Alhamdulillah selesai sudah program induk PIBG SKKW bagi tahun 2013 ini iaitu program Larian Amal Jogathon PIBG yang telah diadakan dengan lancar dan berjaya pada 28.9.2013. Terima kasih buat Tuan Penolong PPD Sepang Sektor Pengurusan Sekolah; Tn. Hj. Mutalib bin Tomran yang sudi hadir merasmikan majlis kami ini. Terima kasih jua khususnya buat ibu bapa / penjaga, anak-anak murid, guru-guru dan masyarakat setempat yang telah hadir mengambil bahagian serta memeriahkan majlis.
   Tahniah buat pemenang-pemenag acara larian, Kutipan Terbanyak dan Cabutan Bertuah. Mohon maaf jika ada kekurangan dan kelemahan sepanjang program. Semoga hubungan silaturrahim yang terjalin antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat akan kekal harmoni sampai bila-bila demi kecemerlangan pendidikan akan-anak kita...
 
 Pendaftaran
 Guru-guru berposing kejap
 
Bacaan doa oleh SU Sukan - Cikgu Nazron
Ucapan Guru Besar - Pn. Rohaidah
Naib YDP PIBG - En. Hamdan bersama Tuan Penolong PPD - Tn. Hj. Mutalib
 Ucapan NYDP PIBG - En. Hamdan
 Ucapan perasmian Penolong PPD Sepang - Tn. Hj. Mutalib bin Tomran
Tn. Hj. Mutalib menyampaikan Hadiah Pertama Kutipan Terbanyak kepada GPK Pendidikan Khas mewakili anak murid PPKInya berupa basikal - tahniah!
 
 
 
 
 Antara penerima Hadiah Kutipan Terbanyak
 Hadiah Kutipan Terbanyak kategori guru / AJK PIBG / staf - Pn. Fatimah Bibi
 Pn. Khairul juga menerima Hadiah Kutipan Terbanyak
 Cenderamata buat Tn. Hj. Mutalib - terima kasih tuan haji
 Senaman pagi
 GB dan GPK Koku turut bersenam
  
En. Nazron memimpin senaman pagi sebagi aktiviti memanaskan badan
 Murid-murid dilepaskan
 Kategori Lelaki 40 tahun ke atas
 Kategori Wanita
 Kategori Lelaki 20 - 39 tahun
 
 Kategori Wanita 20 - 39 tahun
 Kategori Lelaki 13 - 19 tahun
 Kategori Perempuan 13 - 19 tahun - 2 orang saja nampaknya
 
Pertandingan mewarna
Check point 3
Cikgu Parvathy jaga check point 3
 
 Berlari

 Berjalan
 Berlumba
 Bersemangat
 Peserta paling comel
 
Semoga berjaya
 Pemenang kesayangan Pn. Susila dan En. Bala; pengawal keselamatan sekolah
 
 Gembira dapat menyelesaikan larian

 
Pendaftaran pemenang

Thursday, September 26, 2013

Jemputan Larian Amal Jogathon PIBG SKKW 2013

Jangan lupa tarikh Larian Amal Jogathon PIBG SKKW 2013 ialah pada;
     Tarikh            : 28.9.2013 (Sabtu)
     Masa             : 8.00 pagi
     Tempat          : SK Kota Warisan, Sepang
     Venue larian : Persekitaran Kota Warisan
    Tema              : Berlari untuk kesihatan sambil beramal
Semua ibu bapa dan orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.


Hadiah jogathon

Antara hadiah-hadiah yang telah diterima dan sedang disediakan untuk para pemenang Cabutan Bertuah, Kutipan Terbanyak serta Larian Amal Jogathon PIBG hari Sabtu ini..
Tahniah kepada para pemenang yang berjaya dan bertuah nanti

Monday, September 23, 2013

Mesyuarat AJK PIBG kali ke-4 / 2013

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Naib Yang Dipertua PIBG; En. Hamdan. Fokus utama mesyuarat ialah Larian Amal Jogathon PIBG SKKW pada hari Sabtu ini, pertandingan Mahrajan j-QAF peringkat Negeri Selangor di mana pasukan kalam jama'ie SKKW akan mewakili daerah Sepang juga pada hari Sabtu ini, pemantauan PPDa pada hari Rabu depan, Peperiksaan Akhir Tahun serta beberapa isu semasa...

Friday, September 20, 2013

Kutipan Terbanyak Jogathon

Menjelang seminggu lagi kemuncak Larian Amal Jogathon PIBG SKKW, PIBG dan pihak sekolah telah mengenalpasti murid-murid yang telah membuat kutipan terbanyak. Mereka telah diberi penghargaan dalam satu majlis ringkas di mana Guru Besar telah menyampaikan saguhati berupa hamper. Tahniah atas komitmen murid-murid tersebut dan ibu bapa mereka! Semoga ibu bapa yang lain akan lebih rancak lagi membuat kutipan derma tersebut bagi mengumpul dana PIBG demi mencapai matlamat meningkatkan kemudahan pembelajaran anak-anak di sekolah. Lagi laporan dalam blog sekolah di sini.
Harez antara murid yang telah membuat kutipan terbanyak

Wednesday, September 11, 2013

Friday, September 6, 2013

Banner Larian Amal Jogathon SK Kota Warisan

Pada hari Rabu 4 September yang lepas pihak sekolah telah menggantungkan banner untuk Larian Amal Jogathon SK Kota Warisan di sekitar kawasan Kota Warisan. Dua banner di gantung iaitu satu di hadapan sekolah dan satu lagi di hadapan Restoran Hijas. Ini adalah lokasi yang strategik yang boleh menarik perhatian orang yang lalu di kawasan tersebut. Gambar - gambarnya seperti di bawah...


DI hadapan Restoran Hijas


Di hadapan sekolah

Dengan tergantungnya banner ini diharapkan dapatlah menarik lebih banyak lagi penyertaan. Untuk penyertaan boleh la hubungi En Nazron di nombor 019-260 7424 atau En Amir di nombor 012-871 1895.
Sumbangan juga amat - amat dialukan. Terima kasih...