Sunday, April 1, 2012

Mesyuarat Agung PIBG ke-9

Sebagaimana dirancang semalam (31.3.2012) berlangsung Mesyuarat Agung PIBG SKKW kali ke-9. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh En. Alwi bin Che Sulaiman, Pegawai Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya Murid PPD Sepang mewakili Tuan PPD Sepang. Di akhir majlis perasmian, telah diadakan Majlis Pelancaran Sekolah PPDa 2012 di mana YDP PIBG telah menurunkan tandatangan di atas plak perasmian (klik di sini). 
   Tahniah kepada barisan kepimpinan PIBG yang baru dan tak lupa terima kasih banyak kepada AJK PIBG yang lama. Semoga AJK baru akan meneruskan legasi kegemilangan PIBG sekolah yang sedia cemerlang ini. Berikut adalah barisan AJK PIBG sesi 2012 / 2013:
Yang Dipertua           : En. Nor Aziz
Naib Yang Dipertua   : En. Hamdan
Setiausaha                : Pn. Nor Anikah
Pen. Setiausaha       : Cik Siti Jamilah
Bendahari                 : Cik Nor Faezah
AJK Ibu Bapa            : 1. Husni
                                    2. Pn. Noraishah
                                    3. Pn. Wan Nur Suhaila
                                    4. Pn. Azlin
                                    5. En. Kamal
                                    6. En. Ahmad Husni
AJK Guru                   : 1. Pn. Noor Azian
                                    2. Pn. Rosmawati
                                    3. Pn. Che Ruzana
                                    4. En. Amir
                                    5. En. Nazron
Juru Audit Ibu Bapa  :  En. Ahmad Fasarul
Juru Audit Guru         : Pn. Nordiana
Blog PIBG
 AJK Pendaftaran
Perasmi sampai awal
 Barisan mc dan pencatat
 YDP meneliti usul dan cadangan bersama SU
 Kehadiran tak ramai mungkin sebab hujan
Membelek booklet PIBG
 Tahniah SU kerana menyediakan booklet yang lengkap
Ucapan GB
 Ucapan YDP - Dr. Norizhar
 Ucapan perasmian En. Alwi
Penyampaian sijil kepada AJK PIBG
 
Sijil kepada YDP
Cenderahati buat perasmi
Pelancaran Sekolah PPDa 2012
 Sekolah Bebas Dadah
 
Jamuan ringan
Mesyuarat Agung bermula
Pengerusi sementara - masih Dr
Din bertugas mencatat
Calon-calon YDP
En. Hamdan memperkenalkan diri
En. Nor Aziz - mantan YDP sesi 2008 / 2009
Sesi undian yang ceria
 Keputusan AJK Ibu bapa
Senarai AJK ibu bapa dan guru
GB menjawab usul dan cadangan
Tambahan cadangan daripada ahli yang hadir
Mesyuarat selesai, AJK baru naik ke pentas
Tahniah buat barisan AJK PIBG yang baru
Semoga sekolah lebih cemerlang hasil kerjasama semua

Tuesday, March 20, 2012

Hari ini dalam sejarah

Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Petang tadi berlangsunglah sesi pemantauan Anugerah PIBG Kebangsaan oleh panel penilai yang terdiri daripada 2 orang pegawai KPM dengan diiringi oleh seorang pegawai dari JPN Selangor dan seorang pegawai PPD Sepang. Tahniah dan syabas atas komitmen semua AJK PIBG terutama YDP; Dr. Norizhar b. Hj. Kadarman. Buat AJK PIBG; Pn. Azlin, Pn. Wan Nur Suhaila dan Pn. Noraishah, sokongan dan kehadiran puan-puan amat besar ertinya dalam penilaian hari ini. Terima kasih semua. Sama-samalah kita mendoakan kejayaan yang manis buat seluruh warga PIBG.
Bergambar kenangan

Monday, March 19, 2012

Esok yang bersejarah

Petang tadi kami telah mendapat panggilan dari pegawai JPN Selangor bahawa panel penilai Anugerah PIBG Kebangsaan 2012 akan datang memantau petang esok. Bak kata peribahasa, "Pengayuh sudah di tangan, perahu sudah di air". Pendek kata kami juga sudah bersiap sedia. Doa agar segalanya berjalan lancar dan dibukakan hati para pemantau untuk menikmati aura dan keunikan warga PIBG sekolah ini sepenuhnya. Good luck buat semua murid, guru dan ibu bapa SKKW. Buat pasukan pemantau : Welcome to SK Kota Warisan!

Sunday, March 18, 2012

Sumbangan PIBG oleh PM

Terima kasih kepada YAB Perdana Menteri dan kerajaan atas sumbangan berjumlah RM3,000.00 kepada semua PIBG sekolah-sekolah Parlimen Sepang, Hulu Langat, Serdang, Puchong dan Kuala Langat. Majlis penyampaian tersebut adalah sebahagian daripada acara semasa Perhimpunan PM Bersama Rakyat yang diadakan di SMK Taman Putra Perdana petang tadi. Sesungguhnya sumbangan tersebut amat bermakna buat PIBG dalam menjalankan program yang dirancang demi kecemerlangan pendidikan anak-anak murid kami. 
 
 Kehadiran khalayak cukup ramai
Beratur untuk mengambil cek
Boss-boss PPD Sepang yang ceria lagi mesra
 Terima kasih PM!