Wednesday, July 3, 2013

Seminar Keibubapaan


Salam 1 Malaysia,
Pihak PIBG SK Kota Warisan akan menganjurkan program Seminar Keibubapaan yang bertujuan memberikan pendedahan berkaitan keibubapaan kepada ibu bapa serta melahirkan anak - anak yang cemerlang. Program tersebut akan diadakan pada :

Tarikh : 6 Julai 2013 ( Sabtu )
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Terbuka SK Kota Warisan

Sehubungan itu, tuan / puan dijemput menghadiri program ini. Semoga kehadiran tuan / puan akan memeriahkan lagi majlis tersebut dan mendapat manfaat yang berguna demi kepentingan kecemerlangan pendidikan anak - anak didik sekolah ini. 

Tuesday, June 25, 2013

Hari Terbuka SKKW


Hari Terbuka SKKW pada tahun ini akan dijalankan pada hari Selasa 2 Julai 2013 ini. Tarikh awal yang dijadualkan pada hari Khamis 27 Jun ini telah ditukarkan ke tarikh 2 Julai. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah mengagihkan surat edaran kepada murid - murid pada Selasa 25 Jun 2013. Disebabkan pada hari surat tersebut diedarkan ramai murid yang tidak hadir ke sekolah disebabkan keadaan jerebu yang agak merisaukan, ramai ibubapa yang tertanya - tanya tarikh Hari Terbuka yang sebenarnya.
Pada 2 Julai nanti sekolah akan beroperasi satu sesi sahaja iaitu sesi pagi. Semua murid tahun 1,2,3,4,5 dan 6 dikehendaki hadir di sebelah pagi. Murid - murid sesi petang akan diberitahu kemudian lokasi kelasnya. Diharap semua ibubapa dapat mengambil perhatian terhadap notis pemberitahuan hari terbuka ini. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak sekolah di talian 03- 8706 8799. Sekian terima kasih.

Friday, June 14, 2013

Mesyuarat AJK PIBG Kali ke 3

Pada hari Jumaat 14 Jun 2013 telah berlangsungnya mesyuarat AJK PIBG untuk kali ke 3. Mesyuarat yang bermula pada pukul 8.30 malam itu dihadiri oleh YDP PIBG En Abd Aziz Bin Ghazali dan NYDP En Hamdan Bin Abdullah, para pentadbir yang diketuai oleh Guru Besar Puan Hjh Rohaidah Mohd Ali, GPK 1 Puan Noor'ashikin Mohamed, GPK HEM Puan Asnah Abd Ghani, GPK Kokurikulum Puan Mimi Hidayah Mohd Adam, GPK Petang En Rosli Saad dan GPK Pendidikan Khas Puan Nor Mi Aw Nik. AJK di kalangan ibubapa dan guru juga hadir dalam mesyuarat ini.

Dalam mesyuarat PIBG kali ke 3 ini banyak membincangkan mengenai kertas kerja dan pembelanjaan untuk Sukan Tahunan kali ke 10 ini. Sukan tahunan kali ini pihak sekolah dan PIBG berbesar hati menjemput ADUN Dengkil YB En Shahrum Bin Dato' Hj Mohd Sharif untuk merasmikan sukan kali ini, PIBG telah meluluskan dana untuk sukan tahunan ini. Juga dibincangkan mengenai Jogathon yang akan dilaksanakan pada bulan September ini.

Mesyuarat kali ini ditangguhkan pada pukul 10.55 malam.

Thursday, March 21, 2013

Mesyuarat AJK PIBG I

Di celah-celah kesibukan, akhirnya dapat juga diadakan Mesyuarat AJK PIBG sesi 2013 / 2014 buat kali pertama pada 21.3.2013 (Jumaat). Mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat yang penuh dengan lautan fail sebagai persediaan menghadapi pemantauaan SBT / SKK / TB keesokan harinya. Terima kasih atas kehadiran semua AJK khususnya YDP dan AJK Ibu Bapa yang telah mengorbankan masa untuk hadir bagi membincangkan program-program PIBG sesi kali ini.
 YDP - En. Nor Aziz mempengerusikan mesyuarat
 Sebahagian AJK yang hadir
 Adibah memohon peruntukan untuk Semarak Tari & Action Song - terima kasih diluluskan RM1,000.00
 
 
 
Percambahan minda yang sangat sihat dan penuh semangat kekeluargaan

Tuesday, March 19, 2013

JU Sarana Daerah menjalankan bengkel

Selaku Jurulatih Utama (JU) Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah peringkat daerah Sepang, GB dan SU PIBG - Pn. Nor Anikah telah terlibat dalam Bengkel Pemantapan Sarana yang telah disampaikan kepada semua GPK HEM seluruh daerah Sepang. Bengkel / mesyuarat ini telah diadakan di PPD Sepang...
Guru Besar
 
 Pn. Nor Anikah
Laporan lanjut dan berita bergambar sila klik di sini dan di sini

Saturday, March 9, 2013

Jamboree Lasak

Bertempat di Hilltop Kota Warisan, telah berlangsungnya acara Jamboree Lasak MH 2013 yakni acara lumba basikal yang dianjurkan oleh MAS dan Majlis Perbandaran Sepang (MPS) buat julung-julung kalinya. Perlumbaan telah disertai oleh 1,450 pelumba dari seluruh negara. 
   Murid-murid SKKW tidak ketinggalan menyertai acara mewarna, balingan kapal terbang kertas dan acara cabutan bertuah. SKKW telah diamanahkan sebagai pengurus dan hakim bagi pertandingan mewarna murid-murid Tahap 1 dan 2.  YDP PIBG - En. Noraziz dan Naib YDP PIBG - En. Hamdan telah turut hadir pada hari yang sungguh meriah itu selaku penganjur bersama. Tahniah kepada para pemenang mewarna, balingan kapal terbang dan tidak lupa setinggi-tinggi tahniah buat pelumba-pelumba basikal yang telah berjaya!
 Pelumba yang berjaya menamatkan kayuhan
 GB bersama bekas anak murid SKKW

Pentas utama
Ada yang cedera
 Hakim-hakim sedang menjalankan tugas
 GB bersama YDP & NYDP PIBG SKKW
Bersama pengacara glamor - Arasy
 Tiga sekawan
 Bersama baby yang cute
  Pemandangan yang jarang berlaku di Kota Warisan
 Pipi dihias
 
 
 
 
 Acara penyampaian hadiah mewarna Tahap 1 disempurnakan oleh Pengerusi JPP Zon Kota Warisan - Pn. Lau
 
 
 
 
 GB menyampaikan hadiah kepada pemenang mewarna Tahap 2
 
 Dengan hadiah yang dimenangi
 
 
 
 
 
 
 
 Hadiah balingan kertas paling jauh
 
 Hadiah cabutan bertuah kanak-kanak
 Para pelumba menikmati jamuan
 Air sponsor
Ucapan boss MAS