Tuesday, June 25, 2013

Hari Terbuka SKKW


Hari Terbuka SKKW pada tahun ini akan dijalankan pada hari Selasa 2 Julai 2013 ini. Tarikh awal yang dijadualkan pada hari Khamis 27 Jun ini telah ditukarkan ke tarikh 2 Julai. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah mengagihkan surat edaran kepada murid - murid pada Selasa 25 Jun 2013. Disebabkan pada hari surat tersebut diedarkan ramai murid yang tidak hadir ke sekolah disebabkan keadaan jerebu yang agak merisaukan, ramai ibubapa yang tertanya - tanya tarikh Hari Terbuka yang sebenarnya.
Pada 2 Julai nanti sekolah akan beroperasi satu sesi sahaja iaitu sesi pagi. Semua murid tahun 1,2,3,4,5 dan 6 dikehendaki hadir di sebelah pagi. Murid - murid sesi petang akan diberitahu kemudian lokasi kelasnya. Diharap semua ibubapa dapat mengambil perhatian terhadap notis pemberitahuan hari terbuka ini. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak sekolah di talian 03- 8706 8799. Sekian terima kasih.

Friday, June 14, 2013

Mesyuarat AJK PIBG Kali ke 3

Pada hari Jumaat 14 Jun 2013 telah berlangsungnya mesyuarat AJK PIBG untuk kali ke 3. Mesyuarat yang bermula pada pukul 8.30 malam itu dihadiri oleh YDP PIBG En Abd Aziz Bin Ghazali dan NYDP En Hamdan Bin Abdullah, para pentadbir yang diketuai oleh Guru Besar Puan Hjh Rohaidah Mohd Ali, GPK 1 Puan Noor'ashikin Mohamed, GPK HEM Puan Asnah Abd Ghani, GPK Kokurikulum Puan Mimi Hidayah Mohd Adam, GPK Petang En Rosli Saad dan GPK Pendidikan Khas Puan Nor Mi Aw Nik. AJK di kalangan ibubapa dan guru juga hadir dalam mesyuarat ini.

Dalam mesyuarat PIBG kali ke 3 ini banyak membincangkan mengenai kertas kerja dan pembelanjaan untuk Sukan Tahunan kali ke 10 ini. Sukan tahunan kali ini pihak sekolah dan PIBG berbesar hati menjemput ADUN Dengkil YB En Shahrum Bin Dato' Hj Mohd Sharif untuk merasmikan sukan kali ini, PIBG telah meluluskan dana untuk sukan tahunan ini. Juga dibincangkan mengenai Jogathon yang akan dilaksanakan pada bulan September ini.

Mesyuarat kali ini ditangguhkan pada pukul 10.55 malam.