Tuesday, November 1, 2011

CERAMAH KEIBUBAPAAN & PENCAPAIAN ANUGERAH PIBG

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepadaNya atas segala nikmat dan kurniaan yang telah dianugerahkan.....
Dalam kesibukan penghujung tahun, PIBG SK Kota Warisan masih lagi berkesempatan mengadakan Ceramah Kemahiran Keibubapaan dalam usaha berkongsi ilmu dan kemahiran dalam melahirkan generasi terbilang.
Ceramah yang disampaikan oleh Dr. Othman bin Abdul Rahman, pensyarah USIM mendapat sambutan menggalakkan daripada ibu bapa...Terima Kasih kepada semua ibu bapa yang hadir dan semua pihak yang telah memberikan kerjasama merealisasikan program ilmiah ini....Hanya Allah yang mampu membalasnya..
Beberapa hari selepas program tersebut, pihak PIBG menerima khabar gembira berkenaan dengan penyertaan PIBG SKKW mewakili Daerah Sepang ke Pertandingan Anugerah PIBG Kebangsaan peringkat Negeri Selangor. Keputusan daripada pertandingan ini, PIBG SKKW menduduki tempat ketiga. Syabas dan Tahniah kepada PIBG SKKW khususnya kepada pucuk pimpinan dan AJK PIBG yang telah bertungkus lumus dan komited dengan tanggungjawab yang diamanahkan..Hakikatnya, kejayaan ini adalah hasil kolaborasi semua pihak yang tidak jemu memberikan sokongan berterusan kepada kami.
Semoga kejayaan ini memantapkan lagi kerjasama kita bersama untuk masa-masa akan datang...
~~Sedikit gambar sepanjang Ceramah Kemahiran Keibubapaan~~




Monday, September 26, 2011

Anugerah PIBG

Baru sahaja tercalon mewakili daerah Sepang ke Pertandingan Bilik Sumber PPDa dan PSS Cemerlang, SKKW dicalonkan lagi oleh PPD mewakili daerah Sepang untuk Anugerah PIBG. Pemilihan ini dilakukan setelah pegawai PPD menilai penilaian kendiri yang dibuat oleh pihak PIBG SKKW Isnin lalu(19 Sept 2011). Penilaian adalah merangkumi hal ehwal pengurusan dari tempoh 31 Mac 2010 hingga 31 Mac 2011. 
   Menyahut cabaran tersebut, beberapa orang kuat PIBG
 telah bertungkus lumus mengemaskini dan menambahbaik segala bahan dan dokumen sebagai persediaan untuk pemantauan nanti. Mereka yang terlibat ialah  SU PIBG - Pn. Nor Anikah, Penolong SU PIBG - Pn. Asiah dan Bendahari - Cik Nor Faezah Talib.
  Pada 23 Sept 2011, seperti yang dijanjikan, SKKW dikunjungi pihak pemantau yang  terdiri daripada 3 orang pegawai JPN Selangor dengan diiringi oleh Ustaz Ghani selaku Pegawai Perhubungan PPD Sepang. Turut hadir memeriahkan pemantauan adalah Pn. Rohani Tambi dan En. Himily Hairul selaku mantan AJK PIBG (sesi 2010/2011) . Semoga persediaan yang dibuat memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan berdasarkan senarai semak yang telah diberi serta dapat menambat hati para pemantau. 
     Apapun keputusannya, pencalonan ini sendiri merupakan satu kejayaan yang sangat membanggakan buat warga PIBG SKKW.


"Semoga Berjaya"

Friday, September 23, 2011

Salam Perpaduan

Testing2........
Alhamdulillah, moga blog ini menjadi wadah pemacu kecemerlangan pelajar-pelajar SK Kota Warisan... Moga perkongsian maklumat di sini memantapkan lagi hubungan antara pihak sekolah, ibu bapa mahupun masyarakat setempat... Untuk makluman, blog ini masih lagi dalam peringkat percubaan...Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan bolehlah dikemukakan kepada pihak admin....


"CEMERLANG, TERBILANG, GEMILANG"