Baru sahaja tercalon mewakili daerah Sepang ke Pertandingan Bilik Sumber PPDa dan PSS Cemerlang, SKKW dicalonkan lagi oleh PPD mewakili daerah Sepang untuk Anugerah PIBG. Pemilihan ini dilakukan setelah pegawai PPD menilai penilaian kendiri yang dibuat oleh pihak PIBG SKKW Isnin lalu(19 Sept 2011). Penilaian adalah merangkumi hal ehwal pengurusan dari tempoh 31 Mac 2010 hingga 31 Mac 2011.
Menyahut cabaran tersebut, beberapa orang kuat PIBG telah bertungkus lumus mengemaskini dan menambahbaik segala bahan dan dokumen sebagai persediaan untuk pemantauan nanti. Mereka yang terlibat ialah SU PIBG - Pn. Nor Anikah, Penolong SU PIBG - Pn. Asiah dan Bendahari - Cik Nor Faezah Talib.
Pada 23 Sept 2011, seperti yang dijanjikan, SKKW dikunjungi pihak pemantau yang terdiri daripada 3 orang pegawai JPN Selangor dengan diiringi oleh Ustaz Ghani selaku Pegawai Perhubungan PPD Sepang. Turut hadir memeriahkan pemantauan adalah Pn. Rohani Tambi dan En. Himily Hairul selaku mantan AJK PIBG (sesi 2010/2011) . Semoga persediaan yang dibuat memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan berdasarkan senarai semak yang telah diberi serta dapat menambat hati para pemantau.
Apapun keputusannya, pencalonan ini sendiri merupakan satu kejayaan yang sangat membanggakan buat warga PIBG SKKW.
"Semoga Berjaya"
Semalam semasa saya menghadiri program Bersama KPM di Shah Alam, Ustaz Ghani PPD Sepang telah mengucapkan tahniah kepada saya. Beliau memaklumkan SKKW telah beroleh tempat ke-3 Anugerah PIBG Kebangsaan peringkat Negeri Selangor tersebut. Terima kasih PPD kerana mencalonkan SKKW dan syabas buat PIBG SKKW!!
ReplyDelete