Tuesday, March 20, 2012

Hari ini dalam sejarah

Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Petang tadi berlangsunglah sesi pemantauan Anugerah PIBG Kebangsaan oleh panel penilai yang terdiri daripada 2 orang pegawai KPM dengan diiringi oleh seorang pegawai dari JPN Selangor dan seorang pegawai PPD Sepang. Tahniah dan syabas atas komitmen semua AJK PIBG terutama YDP; Dr. Norizhar b. Hj. Kadarman. Buat AJK PIBG; Pn. Azlin, Pn. Wan Nur Suhaila dan Pn. Noraishah, sokongan dan kehadiran puan-puan amat besar ertinya dalam penilaian hari ini. Terima kasih semua. Sama-samalah kita mendoakan kejayaan yang manis buat seluruh warga PIBG.
Bergambar kenangan

Monday, March 19, 2012

Esok yang bersejarah

Petang tadi kami telah mendapat panggilan dari pegawai JPN Selangor bahawa panel penilai Anugerah PIBG Kebangsaan 2012 akan datang memantau petang esok. Bak kata peribahasa, "Pengayuh sudah di tangan, perahu sudah di air". Pendek kata kami juga sudah bersiap sedia. Doa agar segalanya berjalan lancar dan dibukakan hati para pemantau untuk menikmati aura dan keunikan warga PIBG sekolah ini sepenuhnya. Good luck buat semua murid, guru dan ibu bapa SKKW. Buat pasukan pemantau : Welcome to SK Kota Warisan!

Sunday, March 18, 2012

Sumbangan PIBG oleh PM

Terima kasih kepada YAB Perdana Menteri dan kerajaan atas sumbangan berjumlah RM3,000.00 kepada semua PIBG sekolah-sekolah Parlimen Sepang, Hulu Langat, Serdang, Puchong dan Kuala Langat. Majlis penyampaian tersebut adalah sebahagian daripada acara semasa Perhimpunan PM Bersama Rakyat yang diadakan di SMK Taman Putra Perdana petang tadi. Sesungguhnya sumbangan tersebut amat bermakna buat PIBG dalam menjalankan program yang dirancang demi kecemerlangan pendidikan anak-anak murid kami. 
 
 Kehadiran khalayak cukup ramai
Beratur untuk mengambil cek
Boss-boss PPD Sepang yang ceria lagi mesra
 Terima kasih PM!

Tuesday, March 13, 2012

Surat dari JPS

Pagi ini sekolah telah menerima sepucuk surat dengan tangan daripada Pegawai Perhubungan PPD Sepang. Dengan ini sahlah SKKW terpilih mewakili Jabatan Pelajaran Negeri Selangor bagi kategori sekolah rendah luar bandar untuk Anugerah PIBG Kebangsaan 2012. Panel Penilai akan mula membuat pemantauan ke seluruh negara mulai 19 Mac 2012. Mudah-mudahan impian menjadi kenyataan - "PIBG Cemerlang Sekolah Terbilang Murid Gemilang"
Surat ringkas yang sangat berharga

Monday, March 12, 2012

Terima kasih kembali

Jom baca ucapan Terima Kasih dari Pusat Sumber SKKW dalam entrinya di sini dan dari Unit PPDa SKKW di sini. "Sama-sama kasih". 
   Tahniah kepada AJK PIBG kerana telah meluluskan peruntukan kepada PSS dan PPDa sekolah. Peruntukan tersebut akan digunakan untuk pembelian buku dan menampung kos Pembantu PSS yang akan bermula pada bulan Mei 2012 nanti iaitu sebaik sahaja Bayaran Tambahan PIBG dikutip selepas Mesyuarat Agung PIBG sesi kali ini. Dengan ini, bermakna sudah 3 tahun PIBG membiayai upah Pembantu PSS yang berkhidmat 3 kali seminggu. 
   Unit PPDa pula amat memerlukan bantuan kewangan untuk menaiktaraf bilik sumber PPDa sebagai persediaan bagi menghadapi pertandingan peringkat negeri tidak lama lagi. Jasamu dikenang....

Thursday, March 8, 2012

MSSD

Kejohanan Olahraga MSSD Sepang tamat hari ini setelah berlangsung selama 3 hari sejak hari Selasa lepas. Tahniah kepada pasukan SKKW yang telah membawa pulang banyak piala. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pn. Noraishah; salah seorang AJK PIBG SKKW yang telah turun padang sambil menemani anak beliau serta rakan-rakannya sepanjang 3 hari tersebut. Jasa Pn. Noraishah kepada pembangunan olahraga, sukan dan kokurikulum SKKW teramatlah banyak sebagaimana yang dititipkan di dalam blog GB SKKW di sini, di sini dan di sini. Jom saksikan majlis penutup petang tadi...
GB dan Pn. Noraishah (berbaju merah) bersama bekas murid SKKW; Sabrina dan ibunya; Pn. Linda yang telah mengharumkan nama hingga ke MSSM 
 
Atlet kebanggaan sekolah
 
 Pengacara majlis
 
 Menyanyikan lagu 'Negaraku'
 
 Ucapan perasmian Tuan PPD Sepang; Tn. Hj. Mat Jah Roslan
 
 
 
 Menerima hadiah tempat ke-2 acara 4X100 m
Rafiq mendapat emas 200 m
 
 Terima kasih Pn. Noraishah - Tahniah semua!

Tuesday, March 6, 2012

Bilik Gerakan Pemantauan

Hari ini bilik mesyuarat disusunatur semula bagi menyambut pasukan pemantau pertandingan Anugerah PIBG Kebangsaan yang akan datang memantau bila-bila masa saja. Semoga susunan ini akan memberi lebih keselesaan kepada pegawai-pegawai berkenaan.

Sudut Info PIBG

Setelah diluluskan dalam Mesyuarat AJK PIBG ke-6 tempoh hari, pihak sekolah telah memesan papan kenyataan Sudut Info PIBG yang baru..
Cermin menjamin hayat bahan-bahan yang ditampal
Menggantikan yang lama

Sunday, March 4, 2012

Mesyuarat AJK PIBG ke-6

Sebagaimana yang dirancang (sila klik di sini), semalam telah diadakan Mesyuarat AJK PIBG ke-6 sebaik tamat p & p sekolah ganti Cuti Tahun Baru Cina tempoh hari. Alhamdulillah mesyuarat yang bermula lebih kurang jam 12.00 tengah hari berjalan lancar dan selesai pada pukul 2.00 petang. Kehadiran AJK sangat baik. Cuma seorang AJK guru dan seorang AJK Ibu bapa tidak dapat hadir bersebab. Seperti biasa, Guru Besar ditemani semua GPK kecuali GPK Petang yang menghadiri kelas Program Pengsisiwazahan Guru (PPG)nya. 
   Antara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah laporan perjalanan dan kewangan Karnival PIBG, permohonan sekolah untuk menampung kos persediaan pemantauan Anugerah PIBG Kebangsaan 2012 yang dijangka pada minggu depan serta permohonan pengagihan hasil kutipan Karnival PIBG. Walaupun hanya mengambil masa 2 jam, dengan kebijaksanaan YDP semua agenda dapat diselesaikan dengan licin dan cepat tanpa membuang masa membincangkan perkara-perkara yang remeh-temeh. Syabas atas komitmen semua!  

Thursday, March 1, 2012

Tahniah!


Mesyuarat AJK PIBG Sesi 2011/2012 Kali Ke-6

Kita Juara!

PPD Sepang telah memaklumkan secara lisan bahawa SKKW telah dipilih sebagai Johan negeri Selangor Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar untuk pertandingan Anugerah PIBG Kebangsaan 2012. Maka sekolah dikehendaki bersedia untuk menghadapi pasukan pemantau peringkat kebangsaan bila-bila masa saja pada minggu depan. Syukur ke hadrat Allah SWT atas kejayaan ini. Tahniah kepada warga PIBG SKKW kerana telah mengharumkan nama sekolah ke persada nasional. Semoga kejayaan yang lebih manis akan kita capai dalam pusingan seterusnya. Sama-sama kita doakan. Amin...
 
 
  
  
 
 
 Pasukan think tank sedang mengemaskini bahan pemantauan
 Pelan kedudukan bilik mesyuarat semasa pemantauan