Alhamdulillah, pada 22 April minggu lepas, YDP PIBG SKKW, En Nor Aziz bin Ghazali berkesempatan merasmikan majlis penutupan Kem Introspeksi 2012 yang diadakan di Kem Iman d'Semungkis, Hulu Langat. Turut hadir ialah NYDP PIBG, En Hamdan Abdullah. Kem ini melibatkan penyertaan pelajar-pelajar tahun 6 SK Kota Warisan dan dikendalikan oleh Exact Training Consultant. Dalam ucapan beliau, YDP mengingatkan peserta-peserta agar menghargai peluang dan kesempatan yang ada serta menggunakannya sebaik mungkin. Besar harapan kami agar murid-murid yang menyertai kem ini pulang ke sekolah dengan semangat baru sekaligus memberikan impak yang terbaik dalam mengharumkan nama sekolah dengan keputusan yang cemerlang dan membanggakan ibu bapa dengan akhlak anak yang soleh dan solehah. amin......
Saturday, April 28, 2012
Friday, April 20, 2012
Mesyuarat AJK PIBG 2012/2013 Kali Pertama
Alhamdulillah, semalam berlangsung Mesyuarat AJK PIBG sesi 2012/2013 untuk kali yang pertama. Jam 8.00 malam, kehadiran AJK mulai ramai dan mesyuarat didahului dengan jamuan ringan... Berikut sedikit gambar yang sempat diambil sepanjang mesyuarat berlangsung...
Monday, April 16, 2012
Sijil 2010
Setelah lama menunggu, akhirnya pada Jumaat lepas, PPD telah menyerahkan sijil Anugerah PIBG Cemerlang 2010 yang kami menangi. Pada tahun tersebut, anugerah PIBG terhenti sekadar peringkat negeri sahaja.
Tahniah kepada PIBG SKKW kerana telah memperolehi tempat ke-3. Sebagai penampilan pertama, kami sangat berbangga dengan pencapaian tersebut. Tambahan pula, ketika itu tiada kategori. PIBG sekolah menengah dan sekolah rendah semua dikira sekali. Tak silap, Anugerah 2010 tu, Johan - SMK Seafield, Naib Johan - SMK Dusun Nanding dan Ketiga - SK Kota Warisan. Kesimpulannya pada tahun 2010 lagi, PIBG SKKW telah menjuarai kategori sekolah rendah (sekadar menganalisis kendiri hehe..)

Syabas buat barisan AJK PIBG sesi 2010 / 2011
Tuesday, April 10, 2012
Anugerah PIBG Cemerlang
Hari ini, GB dan YDP PIBG SKKW 2011; Dr. Norizhar telah menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Pengurusan PIBG Sekolah-Sekolah Negeri Selangor 2011 di MSU, Seksyen 13, Shah Alam. Sebagaimana yang telah dimaklumkan, PIBG SKKW merupakan Johan Anugerah PIBG Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar.
Terima kasih buat JPN Selangor atas penganugerahan tersebut. Hadiah yang dimenangi berupa mock cheque bernilai RM2,500.00, piala serta sijil penghargaan. Syukur ke hadrat Allah SWT atas kejayaan ini. Semoga kecemerlangan ini akan berterusan demi kecemerlangan anak-anak murid SKKW.

Program hari ini '4 in 1'
GB bersama YDP PIBG - Dr. Norizhar
Di atas pentas menerima anugerah daripada Pengarah JPN Selangor
Bersama Tuan PPD Sepang - Tn. Hj. Mat Jah
Tahniah Dr., jasamu dikenang
Hadiah-hadiah istimewa
Monday, April 9, 2012
Ole-ole karnival yang tertangguh
Ada lagi rezeki. Hari ini diadakan majlis penyampaian cenderamata kepada murid-murid yang membantu semasa Karnival PIBG tempoh hari...
Purple theme
Anikah mempengerusi majlis
Pn. Mimi menyampaikan sumbangan
Terima kasih anak-anak murid yang banyak berjasa
Wednesday, April 4, 2012
Bola jaring murid vs ibu
Petang tadi telah diadakan latihan bola jaring untuk menghadapi pertandingan peringkat daerah Sepang minggu depan. Lewat petang, para pemain mengadakan perlawanan persahabatan dengan para ibu. Syabas buat pasukan SKKW yang telah memberikan persaingan yang sengit kepada pasukan veteran ibu-ibu Kota Warisan. Semoga kita akan mengulangi kejayaan pada tahun lepas hasil usaha keras murid-murid dan jurulatih. Terima kasih daun keladi buat pasukan ibu yang sporting tadi. Jumpa lagi di lain hari.
Latihan sesama sendiri
Subscribe to:
Posts (Atom)