Monday, April 16, 2012

Sijil 2010

Setelah lama menunggu, akhirnya pada Jumaat lepas, PPD telah menyerahkan sijil Anugerah PIBG Cemerlang 2010 yang kami menangi. Pada tahun tersebut, anugerah PIBG terhenti sekadar peringkat negeri sahaja. 
   Tahniah kepada PIBG SKKW kerana telah memperolehi tempat ke-3. Sebagai penampilan pertama, kami sangat berbangga dengan pencapaian tersebut. Tambahan pula, ketika itu tiada kategori. PIBG sekolah menengah dan sekolah rendah semua dikira sekali. Tak silap, Anugerah 2010 tu, Johan - SMK Seafield, Naib Johan - SMK Dusun Nanding dan Ketiga - SK Kota Warisan. Kesimpulannya pada tahun 2010 lagi, PIBG SKKW telah menjuarai kategori sekolah rendah (sekadar menganalisis kendiri hehe..)
Syabas buat barisan AJK PIBG sesi 2010 / 2011

No comments:

Post a Comment