Sunday, February 16, 2014

GB Pn. Rohaidah bertukar

Adalah dimaklumkan mulai 17 Februari 2014, saya selaku Guru Besar SK Kota Warisan yang telah memimpin sekolah ini sejak ia dibuka pada 1 Januari 2004 akan bertukar ke SK Taman Putra Perdana, Sepang. Saya doakan SK Kota Warisan akan terus cemerlang di bawah kepimpinan Guru Besar baharu bersama Penolong-Penolong Kanan dan guru-guru serta staf sekolah. Mohon maaf atas salah dan silap saya selama ini. Buat semua ibu bapa dan AJK PIBG, saya juga ingin meminta maaf jika ada keterlanjuran kata dan tingkahlaku sepanjang kita berkolaborasi selama 10 tahun. Kenangan pahit manis bersama PIBG SKKW tak mungkin akan saya lupakan. Selamat Maju Jaya...
- Pn. Rohaidah binti Mohd. Ali 
Diraikan dalam majlis perpisahan pada hari Jumaat lepas (14.2.2014)
GPK Kokurikulum; Pn. Mimi Hidayah binti Mohd Adam juga diraikan sama kerana bertukar ke SK RTB Bukit Changgang sebagai GPK HEM
 Ucapan Naib YDP PIBG - En. Hamdan
 Pn. Azlin AJK PIBG menyampaikan hadiah bagi pihak PIBG kepada Pn. Mimi
Pn. Wan Nur Suhaila AJK PIBG pula menyampaikan hadiah PIBG untuk saya
Terima kasih semua atas pemberian hadiah yang amat bernilai sebagai kenangan buat kami

Tuesday, January 28, 2014

Mesyuarat AJK PIBG ke-6

Mesyuarat AJK PIBG kali ke-6 dan yang terakhir bagi sesi 2013 / 2014 telah dilangsungkan pada malam Selasa (28.1.2014). Objektif utama ; membincangkan persiapan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-11 yang dirancang diadakan pada 22.2.2014 kelak. Semoga AGM tersebut berjalan lancar.
Terima kasih buat semua AJK PIBG sesi 2013 / 2014
Budi baik kalian sangat kami hargai

Wednesday, January 1, 2014

Awning dan bidai PIBG

Jogathon PIBG 2013 telah berlalu. Antara yang telah diluuskan semasa Mesyuarat AJK PIBG ialah memasang awning dan bidai di dewan sekolah untuk melindungi anak-anak murid daripada hujan dan panas serta memberi kemudahan menonton tayangan multimedia di dewan. Alhamdulillah awning dan bidai tersebuit telah dipasang dalam masa cuti dan siap sepenuhnya semasa sesi persekolahan 2014 dibuka..
Awning PIBG
 Bidai PIBG

Friday, November 15, 2013

Sumbangan Murid Cemerlang UPSR 2013

PIBG turut menghargai kecemerlangan anak-anak murid SKKW dalam UPSR 2013 dengan memberikan sedikit insentif berupa kewangan kepada 25 orang murid yang memperoleh keputuan 5A dan 24 orang murid yang mendapat 4A. Majlis telah diadakan pada 15.11.2013 dan telah disempurnakan oleh Tuan YDP PIBG; En. Nor Aziz bin Ghazali dengan diiringi oleh Guru Besar SKKW...
 Ketua Murid - Ahmad Haziq Syafie
 Penolong Ketua Murid - Nur Atiqah Syazwani
Tahniah semua! Semoga lebih berjaya pada masa depan.

Thursday, November 14, 2013

Tahniah SKKW atas peningkatan UPSR 2013

PIBG SK Kota Warisan ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah khususnya kepada semua murid Tahun 6 kerana telah memberikan keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan UPSR 2013. Tahniah juga buat semua guru dan pentadbir sekolah atas kejayaan ini. Syabas diucapkan kepada ibu bapa murid Tahun 6 serta semua ibu bapa - ahli PIBG SKKW. Kejayaan ini berkat usaha dan kerjasama padu semua ahli PIBG bersama pihak sekolah dalam sebuah ikatan persefahaman yang mantap lagi berkualiti. Ini bersesuaian dengan pelantikan Guru Besar dan YDP PIBG SKKW selaku Jurulatih Utama (JU) Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah yang telah diamanahkan oleh JPN Selangor dan PPD Sepang. Semoga anak-anak murid akan lebih berjaya pada masa depan.
Murid 5A's
Murid 4A's

(Laporan lanjut keputusan UPSR SKKW 2013 sila klik di sini, di sini dan di sini)

Tuesday, November 12, 2013

Mesyuarat AJK PIBG ke-5

Mesyuarat AJK PIBG SKKW kali ke-5 telah diadakan pada hari Selasa 12.11.2013 jam 8.30 malam. Selain membincangkan agenda-agenda biasa seperti mesyuarat-mesyuarat yang lepas, mesyuarat terakhir tahun 2013 ini telah membincangkan perbelanjaan hasil kutipan Larian Amal Jogathon PIBG yang telah diadakan pada 28.9.2013 yang lalu (sila klik di sini).
   Alhamdulillah ahli mesyuarat telah mencapai kata sepakat untuk membelanjakan hasil kutipan bersih yang berjumlah lebih daripada RM42,000.00 itu sebagaimana yang dicatat dalam kertas kerja Jogathon yang telah diluluskan oleh pihak PPD Sepang dan Polis Selangor. Ahli mesyuarat telah bersetuju untuk membeli dan menaiktarafkan kemudahan dan peralatan di sekolah iaitu bidai, awning, p.a system, televisyen, projektor dan skrin di dewan terbuka, langsir dan bidai surau serta peralatan PPDa. 
   Terima kasih diucapkan kepada AJK PIBG yang sangat peka dan prihatin. Semoga anak-anak murid akan lebih selesa dan tahap prestasi murid-murid akan semakin baik dengan kemudahan-kemudahan tersebut...
 

Friday, October 25, 2013

Hari Kanak-Kanak SKKW

Tahun ini, PIBG telah menampung sepenuhnya kos mengadakan Sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah termasuk jamuan dan hadiah. Sesungguhnya kanak-kanak merupakan pewaris generasi akan datang, marilah kita bersama-sama memelihara hak-hak dan keistimewaan mereka. Berita lanjut sila klik blog SKKW di sini.
Tokoh Kanak-Kanak sesi pagi : Naufal & Aisya Batrisyia
Tokoh Kanak-Kanak Sesi Petang : Farisham & Lea Maisarah