Friday, June 29, 2012

Lawatan SK Padang Mat Sirat

Hari ini merupakan hari yang bersejarah buat PIBG SKKW kerana telah menerima lawatan penanda arasan dari PIBG SK Padang Mat Sirat, Langkawi, Kedah. Ahli rombongan seramai 33 orang yang datang dengan menaiki sebuah bas telah tiba agak awal daripada yang dirancang iaitu lebih kurang pukul 8.45 pagi. Namun ia tidak menjadi hal sebab kami telah bersiap sedia sejak awal pagi lagi. Kalut sikit-sikit tu, biasalah...
   Para pelawat diketuai oleh GBnya; En. Azizan Abdullah Sadek, YDP PIBG; En. Fauzi, Naib YDP PIBG serta ahli-ahli PIBG dan guru-guru SKPMS yang sebahagian besarnya berpakaian korporat kuning + putih + hitam. Terima kasih diucapkan kepada Naib YDP PIBG SKKW - En. Hamdan serta 3 orang AJK yang turut hadir menyambut pasukan pelawat - Pn. Noraishah, Pn. Suhaila dan Pn. Azlin. YDP PIBG - En. Nor Aziz tak dapat hadir atas urusan kerja.
   Antara acara program lawatan yang telah disediakan adalah persembahan tarian, sesi bergambar, ucapan, persembahan multimedia, penyampaian cenderamata dan buah tangan kepada semua peserta rombongan, jamuan dan seterusnya lawatan ke sekitar sekolah. 
   Terima kasih yang tidak terhingga buat warga PIBG SKPMS. Mohon maaf atas segala kekurangan. Semoga hubungan silaturrahim yang terjalin akan berterusan hendaknya. Hajat hati nak buat kunjungan balas ke Langkawi, semoga ada rezeki kemudian hari...
 Untuk edaran
"Dia datang..."
YDP PIBG SK Padang Mat Sirat mendahului
GB SKKW dan GB SKPMS
Menyaksikan persembahan tarian dari kumpulan Bidasari Warisan
Kumpulan Bidasari yang membanggakan SKKW
Sesi bergambar
Di bilik mesyuarat
Bacaan doa oleh ustaz Zul
Orang kuat PIBG SKKW mengaminkan doa
Ucapan GB SKKW
Ucapan Naib YDP PIBG SKKW - En. Hamdan Abdullah
Ucapan GB SKPMS
Ucapan YDP PIBG SKPMS
Persembahan multimedia oleh SU PIBG SKKW - Pn. Nor Anikah
Cenderahati dari YDP PIBG SKKW kepada NYDP PIBG SKPMS
Daripada GB SKKW buat GB SKPMS
YDP PIBG SKPMS buat NYDP PIBG SKKW
GB SKPMS kepada GB SKKW
Dari kiri : YDP PIBG SKPMS, GB SKPMS, GB SKKW, NYDP PIBG SKKW, NYDP PIBG SKPMS
 Makan time
Melihat dokumen pemantauan PIBG
Melawat sekitar sekolah
Melihat Sudut Info PIBG
Bergambar lagi
 Kredit untuk PPDa
Pn. Fatimah Shamsudin jumpa orang kampung
Berminat dengan pokok kelapa unik SKKW
Bersama Pn. Azlin - salah seorang AJK PIBG SKKW
Semoga ketemu lagi di lain masa
Bye!!

Saturday, June 23, 2012

Welcome PIBG SK Padang Mat Sirat, Langkawi

Sebagaimana yang telah dirancang Insya Allah pada 29 Jun 2012 (Jumaat) nanti, SK Kota Warisan akan menerima lawatan penanda arasan daripada PIBG SK Padang Mat Sirat, Langkawi. Rombongan yang terdiri daripada lebih kurang 35 orang ibu bapa dan guru sekolah berkenaan dijangka akan tiba di SKKW pada jam 9.00 pagi. Semoga lawatan ini akan memberi kepuasan kepada rombongan dari Kedah tersebut sambil kedua-dua PIBG serta sekolah dapat bertukar-tukar idea dan pendapat dalam mengurus sekolah. Kepada semua ibu bapa dan  AJK PIBG SKKW yang berkelapangan, marilah bersama-sama kita menyambut tetamu istimewa dari pulau lagenda yang sangat terkenal itu. Kehadiran semua amat dialu-alukan....

Hasil Mesyuarat ke-2

Mesyuarat AJK PIBG SKKW buat kali ke-2 telah dapat dijalankan dengan licin dan lancar semalam 22.6.2012 (Jumaat). Pihak sekolah telah membentangkan beberapa kertas kerja untuk memohon peruntukan PIBG bagi menampung kos mengadakan pelbagai program termasuk dua program yang telah selesai dijalankan iaitu menghantar 2 platun untuk penyertaan kawad kaki daerah dan Sambutan Israk Mikraj peringkat sekolah.
   Alhamdulillah setelah dibahaskan, kesemua permohonan tersebut telah diluluskan. Terima kasih banyak diucapkan kepada PIBG atas kelulusan tersebut - meskipun dana PIBG masih kemarau memandangkan sumbangan tetap ibu bapa masih kurang memberangsangkan. Diharap ibu bapa akan menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan membayar "yuran" PIBG seberapa segera kerana program-program yang telah dirancang ini adalah untuk kebaikan anak-anak murid jua.
   Syukur sangat atas tambahan dana tahun ini melalui peruntukan kerajaan sebanyak RM3,000.00 setiap sekolah (yang masih belum diterima) serta hadiah RM2,500.00 (baharu diterima) selaku Johan Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Negeri Selangor 2011. Maka dapatlah sekolah merancang dan melaksanakan program-program kecemerlangan melibatkan murid yang telah bertambah (sebaliknya bilangan ibu bapa tidak banyak bertambah).
  Berikut adalah peruntukan yang telah diluluskan:
1. Kawad kaki (19.6.2012)                                                                          RM 2,000.00
2. Israk Mikraj (22.6.2012)                                                                          RM    700.00
3. Persediaan Lawatan PIBG SK Padang Mat Sirat, Langkawi (29.6.2012) RM   665.00
4. Sukan Tahunan (7.7.2012)                                                                    RM 4,414.00
5. Bengkel Menjawab Soalan UPSR Siri 2 (14 dan 28.7.2012)                   RM 1,840.00
6. Bacan Yasin dan Solat Hajat 1 dan 2 (17.8.2012 dan 6.9.2012)            RM 2,151.00
7. Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum (23.10.2012)                     RM 2,243.00
8. Hari Anugerah Cemerlang (6.11.2012)                                                   RM 3,553.00
9. Program Senggang UPSR (Sept. - Nov. 2012)                                       RM 2,000.00
                                                              JUMLAH                                     RM19,766.00
   Dua permohonan lagi telah ditangguhkan iaitu pembelian Buku Latihan Didik untuk semua murid Tahun 6 dan program Ceramah Keibubapaan. Setiausaha PIBG akan mengeluarkan surat kepada semua ibu bapa murid Tahun 6 supaya membayar sendiri buku Didik tersebut. Manakala program Ceramah Keibubapaan akan dibincang kemudian bergantung kepada kewangan PIBG. 
   Sesungguhnya kekurangan dana tidak boleh dijadikan alasan untuk sekolah dan PIBG mengurangkan program kerana murid yang ramai ini perlu diberi keutamaan. Antara aktiviti-aktiviti lain yang telah dirancang untuk diadakan sepanjang tahun ini termasuklah Hari Kanak-Kanak, Perkhemahan Unit Beriniform, Kem 'Jom Olahraga', Gotong-Royong Perdana, Sumbangan Murid 5A UPSR dan lain-lain lagi.
   Justeru itu, PIBG dan sekolah amat berharap sumbangan dari para dermawan ibu bapa dan masyarakat setempat bagi meneruskan legasi kecemerlangan SKKW. Segala sumbangan amat dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih.
   
En. Nor Aziz Ghazali (YDP PIBG) mempengerusikan mesyuarat
Di sebelah beliau - En. Hamdan Abdullah (Timbalan YDP PIBG)   

Wednesday, June 13, 2012

MESYUARAT AJK 2/2012

Perhatian kepada semua AJK PIBG SK Kota Warisan. Mesyuarat AJK PIBG SKKW kali ke-2/2012 akan diadakan pada petang Jumaat 22 Jun 2012 seperti surat yang dilampirkan.
sila klik pada gambar utk maklumat lanjut

Tuesday, June 12, 2012

NOTIS KUTIPAN SUMBANGAN PIBG 2012

Selepas mendapat kelulusan dari pihak Jabatan Pelajaran Selangor, pihak PIBG telah mengeluarkan notis kutipan sumbangan PIBG sebanyak RM30 bagi setiap keluarga. kerjasama dari semua penjaga untuk membuat pembayaran segera amat diharapkan untuk melancarkan lagi program kecemerlangan anak-anak SK Kota Warisan.
terima kasih.
surat kelulusan dari JPS (sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)
.
surat edaran kepada setiap penjaga (sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

Monday, June 11, 2012

Water cooler

Hasil usaha PIBG yang mendapatkan dana daripada komuniti setempat, hari ini sebuah mesin water cooler telah dipasang di kantin sekolah. Alat tersebut amat besar ertinya kepada anak-anak murid terutama dalam cuaca panas sekarang ini. Terima kasih kepada para penyumbang...
 
Water cooler penghilang dahaga
Minum air dengan gembiranya