Saturday, June 23, 2012

Hasil Mesyuarat ke-2

Mesyuarat AJK PIBG SKKW buat kali ke-2 telah dapat dijalankan dengan licin dan lancar semalam 22.6.2012 (Jumaat). Pihak sekolah telah membentangkan beberapa kertas kerja untuk memohon peruntukan PIBG bagi menampung kos mengadakan pelbagai program termasuk dua program yang telah selesai dijalankan iaitu menghantar 2 platun untuk penyertaan kawad kaki daerah dan Sambutan Israk Mikraj peringkat sekolah.
   Alhamdulillah setelah dibahaskan, kesemua permohonan tersebut telah diluluskan. Terima kasih banyak diucapkan kepada PIBG atas kelulusan tersebut - meskipun dana PIBG masih kemarau memandangkan sumbangan tetap ibu bapa masih kurang memberangsangkan. Diharap ibu bapa akan menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan membayar "yuran" PIBG seberapa segera kerana program-program yang telah dirancang ini adalah untuk kebaikan anak-anak murid jua.
   Syukur sangat atas tambahan dana tahun ini melalui peruntukan kerajaan sebanyak RM3,000.00 setiap sekolah (yang masih belum diterima) serta hadiah RM2,500.00 (baharu diterima) selaku Johan Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Negeri Selangor 2011. Maka dapatlah sekolah merancang dan melaksanakan program-program kecemerlangan melibatkan murid yang telah bertambah (sebaliknya bilangan ibu bapa tidak banyak bertambah).
  Berikut adalah peruntukan yang telah diluluskan:
1. Kawad kaki (19.6.2012)                                                                          RM 2,000.00
2. Israk Mikraj (22.6.2012)                                                                          RM    700.00
3. Persediaan Lawatan PIBG SK Padang Mat Sirat, Langkawi (29.6.2012) RM   665.00
4. Sukan Tahunan (7.7.2012)                                                                    RM 4,414.00
5. Bengkel Menjawab Soalan UPSR Siri 2 (14 dan 28.7.2012)                   RM 1,840.00
6. Bacan Yasin dan Solat Hajat 1 dan 2 (17.8.2012 dan 6.9.2012)            RM 2,151.00
7. Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum (23.10.2012)                     RM 2,243.00
8. Hari Anugerah Cemerlang (6.11.2012)                                                   RM 3,553.00
9. Program Senggang UPSR (Sept. - Nov. 2012)                                       RM 2,000.00
                                                              JUMLAH                                     RM19,766.00
   Dua permohonan lagi telah ditangguhkan iaitu pembelian Buku Latihan Didik untuk semua murid Tahun 6 dan program Ceramah Keibubapaan. Setiausaha PIBG akan mengeluarkan surat kepada semua ibu bapa murid Tahun 6 supaya membayar sendiri buku Didik tersebut. Manakala program Ceramah Keibubapaan akan dibincang kemudian bergantung kepada kewangan PIBG. 
   Sesungguhnya kekurangan dana tidak boleh dijadikan alasan untuk sekolah dan PIBG mengurangkan program kerana murid yang ramai ini perlu diberi keutamaan. Antara aktiviti-aktiviti lain yang telah dirancang untuk diadakan sepanjang tahun ini termasuklah Hari Kanak-Kanak, Perkhemahan Unit Beriniform, Kem 'Jom Olahraga', Gotong-Royong Perdana, Sumbangan Murid 5A UPSR dan lain-lain lagi.
   Justeru itu, PIBG dan sekolah amat berharap sumbangan dari para dermawan ibu bapa dan masyarakat setempat bagi meneruskan legasi kecemerlangan SKKW. Segala sumbangan amat dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih.
   
En. Nor Aziz Ghazali (YDP PIBG) mempengerusikan mesyuarat
Di sebelah beliau - En. Hamdan Abdullah (Timbalan YDP PIBG)   

No comments:

Post a Comment