Wednesday, December 12, 2012

Persiapan Taklimat Sarana Daerah

Tadi telah diadakan perjumpaan Jurulatih Utama (JU) Daerah Sepang Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah bagi persiapan mengadakan taklimat sarana daerah esok yang akan diadakan di SIRIM, BBST. Kesemua 4 orang JU daerah ini iaitu Pengetua dan YDP PIBG SMK Putra Perdana serta Guru Besar dan Setiausaha PIBG SK Kota Warisan telah menunjukkan kesungguhan hasil penyelarasan Pegawai Perhubungan PPD Sepang - Ustaz Ghani selaku Pengerusi. Semoga GB dan Pn. Nor Anikah dapat melaksanakan tanggungjawab dan peranan yang berat ini dengan cemerlang demi merealisasikan program nasional seiring dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025.
Setiausaha dan Guru Besar SK Kota Warisan - JU Sarana Daerah Sepang
Lagi berita yang sama dalam blog GB SKKW di sini.

No comments:

Post a Comment