Monday, February 27, 2012

Pemantauan PIBG

Belum hilang lagi penat berkarnival, hari ini sekolah menghadapi satu lagi tugas yang tidak kurang beratnya iaitu pemantauan Anugerah PIBG Kebangsaan peringkat negeri Selangor 2012. Yang sebenarnya tahun lepas, kami dah tercalon mewakili daerah Sepang dan mendapat tempat ke-3 daripada 10 buah daerah seluruh negeri Selangor. Tahun ini, PIBG SKKW sekali lagi dicalonkan mewakili daerah Sepang. Kali ini ada 4 kategori. Kami bertanding untuk kategori Sekolah Rendah Luar Bandar. 
   Pasukan pemantau yang terdiri daripada 3 orang pegawai dari JPN Selangor, PPD Hulu Langat dan PPD Petaling Perdana tiba di sekolah lebih kurang pukul 10.00 pagi. Pasukan pemantau hanya berada di Bilik Mesyuarat melihat segala fail dan dokumen sokongan, laporan serta eviden berdasarkan senarai semak dalam IP PIBG yang telah disediakan oleh KPM. Mereka dilayan oleh GB, Setiausaha - Pn. Nor Anikah dan Bendahari - Cik Nor Faezah yang membentangkan segala maklumat dan menjawab semua persoalan. 
   Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar. Terima kasih buat pasukan think tank PIBG yang datang ke sekolah petang semalam menyusun bahan-bahan yang perlu serta kerja-kerja terakhir menghadapi pemantauan tadi. Terima kasih juga buat YDP PIBG - Dr. Norizhar yang telah menandatangani dokumen-dokumen terkini termasuk laporan Karnival PIBG Sabtu lepas. Semoga kejayaan yang lebih baik dapat kita capai buat kali ini. Insya Allah. 
Kemaskini Sudut PIBG yang asyik terbang dek angin
Barisan dokumen menanti untuk dipantau
Backdrop alu-aluan
Bersedia menyambut tetamu istimewa
GB diapit SU dan Bendahari Kehormat PIBG
Bersama MIlah - admin blog PIBG yang berbakat
Selamat Datang ke SKKW
Anikah selaku mc
Ucapan aluan GB disusuli ucapan wakil pemantau
Pemantauan kewangan PIBG
Pemantauan pengurusan PIBG
Minum jap
Pemantauan aktiviti PIBG
Suasana pemantauan
Norfa menemani 2 orang pegawai pemantau minum
Sambung lagi
Perbincangan dan perkongsian
Penyampaian cenderamata buat pasukan penilai
Bergambar kenangan sebelum meninggalkan sekolah
Bye
Melepaskan kelegaan sambil menikmati jamuan

Saturday, February 25, 2012

Karnival PIBG 2012

Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba - Karnival PIBG 2012. Program yang bertempat di SKKW ini mendapat sambutan yang sangat baik oleh ibu bapa dan penduduk setempat. Sungguh meriah sekali dan bilangan pengunjung terlalu ramai, di luar daripada jangkaan. Keadaan ini jelas mencerminkan hubungan baik pihak sekolah dengan ibu bapa serta pihak komuniti. Kehadiran Timbalan PPD Sepang; En. Shahrul Nizam bin Rohani selaku perasmi telah memeriahkan lagi program ini. Selain YDP PIBG; Dr. Norizhar bin Hj. Kadarman, boleh dikatakan semua AJK PIBG (ibu bapa) telah hadir. 
   Sepertimana dirancang, majlis perasmian telah dimulakan pada pukul 8.30 pagi. Ia dimulakan dengan bacaan doa, disusuli dengan ucapan GB, YDP PIBG seterusnya ucapan perasmian Tuan Timbalan PPD. Tuan Timbalan juga telah menyampaikan cenderamata kepada agensi-agensi yang telah membuat pameran hari ini iaitu AADK, Klinik Kesihatan Dengkil, Pejabat Kesihatan Salak dan Bomba. Tuan Timbalan juga telah menyempurnakan gimik pelancaran karnival dengan memukul gong dan melepaskan party poppers. Memang sangat happening gimik tadi...
   Selepas acara perasmian, Tuan Timbalan PPD telah dibawa melawat ke tapak pameran, jualan, gerai dan aktiviti. Kami telah dibawa masuk ke dalam rumah hantu yang disebut-sebut itu. Beliau juga telah memberi sumbangan untuk wakaf Al Quran sekolah, membuat pemeriksaan kesihatan dan beramah mesra dengan pengunjung karnival. Terima kasih diucapkan kepada En. Shahrul Nizam atas kesudian tuan hadir dengan membawa seisi keluarga beliau sekali. Semoga hubungan antara PIBG SKKW dengan PPD Sepang akan semakin mantap demi kemajuan pendidikan anak-anak murid.
   Acara karnival dirancakkan dengan cabutan bertuah sebanyak 4 kali. Alunan suara karaoke murid-murid, ibu bapa dan para guru menyemarakkan suasana. Selain jualan menggunakan kupon, pengunjung juga berbelanja sakan dengan membeli-belah menggunakan wang tunai di tapak-tapak sewaan sambil melihat pameran, membuat pemeriksaan kesihatan (termasuk pap smear), menyumbang untuk wakaf pembinaan surau, wakaf Al Quran, Iqra' dan Yaasin, menandatangani petisyen Sekolah Menengah di kaunter Badan Bertindak Sekolah Menengah serta membuka akaun Tabung Haji, bank Affin, Etiqa dan banyak lagi. Kanak-kanak nampak enjoy dengan memasuki Soopa Doopa serta paintball yang disediakan. 
   Sebelum karnival tamat, diadakan acara cabutan bertuah terakhir melibatkan hadiah-hadiah utama iaitu 4 buah basikal. Majlis diakhiri dengan ucapan penangguhan Guru Besar. Selesai program, semua guru, pekerja dan beberapa orang murid telah mengemaskan kawasan sekolah terutama kantin yang telah menjadi tapak gerai. 
  Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Karnival PIBG 2012 ini. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan yang timbul... 
4 basikal hadiah utama
Murid-murid menyiapkan dewan



Guru-guru sedang membuat persediaan di gerai
AJK Surau Al Hijrah Kota Warisan
Ucapan GB
Ucapan YDP PIBG
Ucapan perasmian Timbalan PPD Sepang

Gimik pelancaran karnival
Tuan Timbalan memukul gong
Party pun dilancarkan dengan rasminya
Cenderahati untuk AADK
Klinik Kesihatan Dengkil
Pusat Kesihatan Salak
Bomba
Cenderahati perasmi
Lawatan ke tapak pameran dan aktiviti
Masuk rumah hantu
Wakaf Al Quran
Melawat kaunter-kaunter pameran
Pemeriksaan tekanan darah
Periksa darah

Mencuba paint ball
Kenangan bersama Timbalan PPD
Gerai air AJK PIBG
Jamuan di kantin
Para hadirin di dewan
Karaoke
Beratur untuk memasuki rumah hantu
Pasukan futsal final

Soopa doopa
Mencabut nombor bertuah
Tahniah
Memeriksa nombor masing-masing
GB menyumbangkan suara
Gerai yang masih beroperasi
PTD turun padang
Bergambar dengan Pakcik Bomba
Dalam jentera bomba




Tahniah kepada pemenang-pemenang cabutan bertuah hadiah basikal
Lagi laporan bergambar Karnival dalam blog GB SKKW di sini dan blog SKKW di sini.