Tuesday, November 1, 2011

CERAMAH KEIBUBAPAAN & PENCAPAIAN ANUGERAH PIBG

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepadaNya atas segala nikmat dan kurniaan yang telah dianugerahkan.....
Dalam kesibukan penghujung tahun, PIBG SK Kota Warisan masih lagi berkesempatan mengadakan Ceramah Kemahiran Keibubapaan dalam usaha berkongsi ilmu dan kemahiran dalam melahirkan generasi terbilang.
Ceramah yang disampaikan oleh Dr. Othman bin Abdul Rahman, pensyarah USIM mendapat sambutan menggalakkan daripada ibu bapa...Terima Kasih kepada semua ibu bapa yang hadir dan semua pihak yang telah memberikan kerjasama merealisasikan program ilmiah ini....Hanya Allah yang mampu membalasnya..
Beberapa hari selepas program tersebut, pihak PIBG menerima khabar gembira berkenaan dengan penyertaan PIBG SKKW mewakili Daerah Sepang ke Pertandingan Anugerah PIBG Kebangsaan peringkat Negeri Selangor. Keputusan daripada pertandingan ini, PIBG SKKW menduduki tempat ketiga. Syabas dan Tahniah kepada PIBG SKKW khususnya kepada pucuk pimpinan dan AJK PIBG yang telah bertungkus lumus dan komited dengan tanggungjawab yang diamanahkan..Hakikatnya, kejayaan ini adalah hasil kolaborasi semua pihak yang tidak jemu memberikan sokongan berterusan kepada kami.
Semoga kejayaan ini memantapkan lagi kerjasama kita bersama untuk masa-masa akan datang...
~~Sedikit gambar sepanjang Ceramah Kemahiran Keibubapaan~~




1 comment:

  1. Terima kasih Milah. Rajin-rajinlah update blog PIBG ni ya. Keep it up.

    ReplyDelete