Jadi, setelah dinasihatkan oleh pihak JPJ, maka GB bersama Naib YDP PIBG - En. Hamdan telah pergi semula menemui pihak Kejuruteraan Jentera Bomba BBST untuk memaklumkan perkara ini. Perjumpaan telah diadakan pada 29.10.2012 (Isnin)...
GB bersama Naib YDP PIBG - En. Hamdan di pejabat Kejuruteraan Jentera Bomba BBST
En. Halim memeriksa geran JPJ
Berbincang jalan penyelesaian
Pada keesokan harinya (30.10.2012), En. Halim bersama seorang lagi pegawai dari Jabatan Bomba telah datang ke sekolah untuk memeriksa van tersebut. Apa yang mengejutkan menurut En. Halim, no. enjin van tersebut tiada kesan ketukan pun. No. chasis dalam keadaan baik dan jelas boleh dibaca.
Tak taulah apa yang berlaku. Pihak bomba akan menulis surat kepada JPJ serta salinan kepada PIBG dan diharap masalah ini dapat diselesaikan dengan segara. Semoga dapatlah murid-murid menggunakan perkhidmatan kemudahan van tersebut khususnya untuk membawa murid-murid dan guru-guru ke pertandingan-pertandingan yang disertai. Insya Allah...
Van diperiksa dengan teliti
Siap masuk bawah van melihat no. enjin
No. enjin jelas tiada masalah
No comments:
Post a Comment